PAS Duri Dalam Daging Rundingan Kerusi HARAPAN Selangor

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 19 Jan 2018 18:00:40

Usaha Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memikat wakil rakyat PAS berpaling tadah dikatakan telah menimbulkan masalah sejauh rundingan agihan kerusi di negeri berkenaan.

Beberapa pemimpin HARAPAN Selangor mendedahkan bahawa kerana ini, mereka tidak dapat memulakan rundingan agihan kerusi secara rasmi untuk pilihan raya akan datang walaupun negeri-negeri lain sudah mencapai kemajuan.

Selain faktor PAS, satu lagi halangan adalah mengenai tuntutan PKR Selangor untuk mendapat agihan kerusi paling besar di Selangor di kalangan empat parti dalam gabungan itu, kata pemimpin yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Kepimpinan pusat HARAPAN telah mengarahkan semua negeri untuk memuktamadkan rundingan kerusi mereka pada 31 Januari selepas peruntukan kerusi di peringkat persekutuan selesai pada awal bulan ini.

Pemimpin itu memberitahu usaha PKR Selangor untuk membabitkan wakil PAS yang dikatakan bakal melompat dan bersedia bertanding di bawah tiket PKR merumitkan lagi masalah agihan kerusi.

Kedua-dua, Ketua BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Ketua AMANAH Selangor, Izham Hashim, ketika dihubungi, berkata mereka mungkin terpaksa merujuk perkara tersebut kepada kepimpinan pusat jika ia tidak dapat diselesaikan.

“Majlis Presiden HARAPAN telah memberikan semua negeri sehingga 31 Januari ini untuk menyelesaikan rundingan kerusi negeri. Beberapa mesyuarat telah diadakan di kalangan pihak HARAPAN di Selangor dan saya bersetuju bahawa sudah ada formula yang munasabah.

“Bagaimanapun, perbincangan di antara keempat-empat parti itu belum dijalankan, jika masih tiada penyelesaian pada akhir bulan ini, perbincangan akan dilakukan pada peringkat nasional dengan kehadiran ketua-ketua negeri,” kata Izham.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata usaha PKR Selangor untuk memikat wakil PAS itu telah disampaikan kepada sekutu HARAPAN pada Disember lalu dan awal bulan ini.

“Pada kedua-dua mesyuarat itu, wakil Pengerusi HARAPAN Selangor, Azmin Ali memberitahu kami bahawa PKR sedang berunding dengan PAS dan memaklumkan bahawa beberapa ADUN PAS akan bersama kita,” katanya.

“Tetapi pendirian ketiga-tiga parti HARAPAN cukup jelas, kami menolak parti ketiga (PAS) dalam rundingan kerusi,” katanya.

Sebelum ini, The Malaysian Insight yang memetik sumber melaporkan bahawa sekurang-kurangnya empat wakil rakyat PAS di Selangor mungkin menyertai HARAPAN.

Pada konvensyen kebangsaan pada 7 Januari lalu, HARAPAN mengumumkan bahawa BERSATU akan bertanding 52 daripada 165 kerusi parlimen di semenanjung.

PKR diperuntukkan 51 kerusi, manakala DAP, 35 dan AMANAH, 27.

Pakatan Rakyat yang ketika itu, termasuk PAS memenangi 44 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 2013 – 15 setiap satu oleh DAP dan PAS dan 14 oleh PKR.

BN memenangi 12 kerusi manakala terdapat dua ADUN Bebas.

PAS sejak itu telah meninggalkan gabungan pembangkang dan kini dilihat sebagai mesra BN.

Read more

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts