Danilo Celano juara keseluruhan LTdL 2020

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Feb 2020 23:03:16





Danilo Celano juara keseluruhan LTdL 2020


Afif Abd Halim Afif Abd Halim Dikemas kini 8 minit yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2020 10:55PM ·

PASUKAN benua Malaysia, Team Sapura Cycling (TSC) menyambar dua jersi menerusi pelumba dari Itali Danilo Celano selaku juara keseluruhan (jersi kuning) dan pelumba negara Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff yangmuncul sebagai Raja Bukit (jersi merah) pada Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.

Kemenangan Celano itu juga bermakna TSC menjadi pasukan tempatan pertama muncul juara keseluruhan pada edisi ke-25 LTdL yang melabuhkan tirainya di Langkawi hari ini.

Penganjuran perlumbaan tahun ini juga mencipta sejarah tersendiri bagi Hariff Saleh daripada Terengganu Inc TSG menjadi pelumba Asia pertama memenangi tiga perlumbaan LTdL 2020. – 14 Februari, 2020.

Pelumba di Dataran Helang pada Peringkat 8 perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020, di Langkawi, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2020.
Pelumba melepasi Telaga Harbour Marina pada peringkat akhir perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020, di Langkawi, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2020.
Deretan pelumba mengayuh basikal masing-masing pada Peringkat 8 perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020, di Langkawi, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2020.
Pelumba Team Sapura Cycling, Danilo Celano sebelum Peringkat 8 perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020 bermula di Langkawi, Kedah hari ini.  – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2020.
Pelumba berkayuh menaiki bukit di Langkawi, Kedah pada Peringkat 8 LTdL 2020. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2020.
Pelumba NTT Pro Cycling Team, Maximilian Richard Walscheid memenangi jersi hijau pada Peringkat 8 LtdL 2020, di Langkawi, Kedah hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2020.
Johan Le Bon dari pasukan B&B Hotels-Vital Concept. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2020.
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff dari Team Sapura Cycling (jersi merah) bersama Danilo Celano juga dari Team Sapura Cycling (jersi kuning), Max Walscheid dari Team NTT Pro Cycling (jersi hijau) dan pemenang pelumba terbaik Asia Yevgeniy Fedorov dari Team Vino-Astana Motors White (jersi putih). – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Februari, 2020.

Daftar atau log masuk di sini untuk komen.

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...