Stok darah kurang, DG rayu penderma tampil

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 01 Aug 2021 08:01:25

SITUASI pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada bekalan darah khususnya di kawasan Lembah Klang berikutan kadar penurunan bilangan penderma.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, aktiviti pendermaan darah perlu dilakukan secara bagi penggunaan pesakit yang memerlukan.

“Antara faktor penurunan ini ialah kebimbangan masyarakat dan penderma darah terhadap keselamatan sepanjang proses menderma darah serta pembatalan kempen derma darah oleh penganjur.

“KKM melalui PDN dan Tabung-Tabung Darah sentiasa mengutamakan keselamatan penderma darah, penganjur kempen derma darah dan petugas dalam memastikan proses pendermaan darah yang selamat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, purata darah yang diperlukan setiap minggu adalah sebanyak 14,000 beg darah dan ini termasuk di di Pusat Darah Negara (PDN) yang memerlukan 3,500 – 4,000 beg darah setiap minggu bagi pembekalan di kawasan Lembah Klang.

Menurut Dr Noor Hisham, sekiranya trend penurunan yang membimbangkan itu berterusan, ia secara tidak langsung akan menjejaskan keupayaan dalam merawat pesakit.

Ujarnya lagi, orang ramai tidak perlu bimbang untuk meneruskan aktiviti menderma darah kerana ia dilakukan mengikut SOP selaras dengan garis panduan antarabangsa.

“Ini termasuklah saringan awal yang dilakukan ke atas bakal penderma di mana hanya yang tiada gejala, tidak mengalami jangkitan COVID-19 atau tidak ada kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari sahaja yang boleh meneruskan pendermaan darah.

“Petugas kesihatan juga akan memastikan penderma memakai pelitup muka, menjalani ujian saringan suhu badan, mengimbas kod MySejahtera, pengisian borang deklarasi COVID-19 serta mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau hand sanitizer sepanjang berada di lokasi pendermaan,” katanya lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts