Datuk Hamidin: Jadikan Kekalahan Kepada UAE Sebagai Pembakar Semangat

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Sep 2019 14:06:41



Katakanlah apa sahaja untuk perlawanan di antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung pada malam tadi.

Kalah melawan, kurang bernasib baik, hilang tempo, atau apa pun, perkara paling penting ialah barisan pemain negara boleh mengambil iktibar dari perlawanan ini untuk dijadikan pengajaran berguna untuk perlawanan mendatang.

Walaupun tewas, prestasi yang ditampilkan oleh pasukan negara tetap mendapat pujian daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Foto: FAM

Bagi beliau, perkara paling penting ialah untuk barisan pemain kembali mengumpul keyakinan untuk kembali bangkit menentang Vietnam selepas ini.

“Kita hampir melakar kejutan sebentar tadi, diharap skuad Harimau Malaya menjadikan kekalahan dengan UAE 2-1 ini sebagai pembakar semangat untuk bangkit semula di Hanoi 10 Oktober nanti,” ujar beliau selepas mengadakan pertemuan dengan pemain sejurus selepas perlawanan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita memulakan kempen dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Indonesia 3-2 di gelanggang lawan pada 5 September lalu maka tidak mustahil untuk kita bangkit semula menentang Vietnam.

Foto: FAM

“Namun perlu diingat bukan mudah untuk mengekalkan momentum kemenangan konsisten, lantaran itu pemain perlu sentiasa mengikut taktikal permainan jurulatih serta paling utama kekal fokus.

“Apapun kombinasi serta persefahaman yang baik telah dipamerkan pemain dan diharap pemain terus bermain dengan semangat juang yang tinggi, demi lencana didada.

“Diharap penyokong terus memberi sokongan padu kepada pemain negara,”kata Datuk Haji Hamidin.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...