Datuk Lemas Ketika Selamatkan Dua Cucu Ditarik Ombak Di Pantai Irama

by Oh! Semput


7
SHARES
90
VIEWS
Posted on 08 Feb 2025 10:00:52

Seorang datuk meninggal dunia ketika menyelamatkan dua cucunya yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama, Bachok pagi ini.

Menurut Harian Metro, Rosli Yusof, 63, dari Kampung Paya Senang, Kota Bharu ke pantai tersebut bersama isteri, seorang anak dan dua cucunya.

Advertisement

Ketika kejadian jam 9.30 pagi itu, pesara kerajaan berkenaan telah turun ke pantai bersama cucunya untuk bermain air di kawasan hujung batu di pantai itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, secara tiba-tiba cucunya telah ditarik ombak ke kawasan lebih dalam dan mangsa cuba menyelamatkan mereka.

Isteri dan anak mangsa yang berada di kedai berhampiran cuba membantu namun anaknya turut ditarik ombak.

datuk lemas ketika selamatkan dua cucu

Dua cucu dan anaknya berjaya diselamatkan orang awam dan  anggota Agensi Pertahanan Awam (APM) yang berada di tempat kejadian yang membawa mereka ke daratan.

Rosli yang tidak sedarkan diri telah diberi bantuan awal kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Daerah Bachok.

Sementara itu, isterinya, Zuraini Isa, 55, berkata arwah suaminya kerap menyebut tentang kematian sejak kebelakangan ini namun dia tidak berasa pelik akan hal tersebut.

Katanya, arwah asyik bercerita tentang rakan-rakan seusia yang sudah meninggal dunia dan dia tidak berasa pelik akan hal itu namun tidak menyangka itu adalah petanda suaminya akan pergi selamanya.

Rosli Yusof lemas selamatkan dua cucu

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anggota APM jatuh dalam air keletihan selamat mangsa banjir
2 months ago

Bertugas Siang & Malam, Anggota APM Keletihan Terjatuh Dalam Air Ketika Selamatkan Mangsa Banjir

Datuk Lemas Ketika Selamatkan Dua Cucu Ditarik Ombak Di Pantai Irama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts