'Datuk' parah ditetak di halaman rumahnya

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 22 Dec 2016 12:00:56

Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ cedera parah manakala isterinya cedera di bahagian tapak tangan selepas mereka ditetak sekumpulan lelaki di halaman rumah mereka di Meru Heights di Ipoh hari ini.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu dipercayai berlaku ketika pasangan suami isteri itu sedang bersiap untuk keluar sebelum didatangi suspek.

Menurut jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, 55, dia terkejut apabila mendengar jeritan mangsa sebelum ternampak sekurang-kurannya enam lelaki keluar dari halaman rumah mangsa dan melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di luar rumah.

“Bimbang akan keselamatan mereka, saya terus menghubungi polis untuk meminta bantuan,” katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Seorang lagi jiran mangsa, Fauzi Ramadansyah, 27, berkata dia yang sedang berada di sebuah pasar raya segera pulang sebaik diberitahu oleh isterinya mengenai kejadian itu.

Katanya kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan keadaan si suami kini dilaporkan kritikal.

– Bernama
 

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts