Adik Dedah Ibu Tidak Restu Perkahwinan Kedua, Da’i Farhan Buang Keluarga?

by Oh! Semput


HOME Posted on 05 Dec 2019 05:02:43



Kontroversi rumah tangga Da’i Farhan yang mengesahkan sudah menceraikan isteri pertamanya ketika sedang sarat hamil anak kedua mereka terus menjadi bualan hangat ramai. Tindakan pendakwah itu menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi aplikasi WhatsApp memang sangat memilukan.

adik dai farhan

Pelbagai kisah yang berlaku disebalik kontroversi tersebut yang mengejutkan masyarakat. Terbaru, adik perempuan kepada Farhan iaitu Nik Fatma Amirah tampil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan abangnya, menyifatkan lelaki itu seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nik Fatma turut mendedahkan akaun media sosialnya telah disekat oleh Farhan gara-gara dia ingin tampil mempertahankan kakak iparnya, seorang isteri yang teraniaya.

Perkahwinan kedua tidak dapat restu

ibu, Farhan didakwa buang keluarga?

adik dai farhanadik dai farhandai farhan

Menerusi perkongsian di akaun Facebooknya, Nik Fatma seolah memberi bayangan bahawa mereka sekeluarga tidak merestui perkahwinan kedua abangnya dan tindakan Farhan menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

isteri pertama dai farhan Terdahulu, Farhan mengesahkan dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain dengan melafazkan cerai menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai punca utama perceraian mereka dan pada masa yang sama menafikan  dakwaan bahawa dia telah melakukan kekerasan terhadap wanita itu.

Berita : Astro Gempak & Nik Fatma Amirah

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...