by Oh! Semput
Salam min, saya rasa sedih dan tertekan sangat. Saya takde tempat nak mengadu, luah rasa. Jadi di sinilah tempat yang paling sesuai.
Saya dan suami ada isu sikit. Sebelum ni saya ada pinjam duit simpanan tabung haji anak dalam 2k untuk topup modal perniagaan kecil saya.
Saya dah pulangkan 500 dan masih berbaki 1,500 tanpa pengetahuan suami.
Tapi baru ni suami dapat tahu tentang duit tu, terus kami g4duh besar katanya saya curi duit anak dia.
Demi Allah saya hanya nak meminjam sahaja duit anak, tak ada niat untuk saya sebagai ibu curi atau pecah amanah duit anak.
Betul salah saya tak terus terang dan minta izin pada suami, saya tak bagitahu sebab suami saya bukan jenis yang memahami dan supportive.
Setiap masalah saya, dia sejenis suka kritik sahaja. Sejak dari kes dia dapat tahu tu terus dia abaikan saya dan buat “silent treatment” walaupun saya tengah sarat mengandung dan sekarang hanya tunggu hari bersalin.
Sebelum jadi isu ni, saya dari bulan Jun rasa teringin, mengidam sangat nak makan strawberry dan steamboat di Cameron Highland sebelum bersalin. Suami janji cuti sekolah bulan September ni nak bawak saya, katanya dapat duit extra sikit.
Tapi maIangnya, bila tiba hari cuti dan dah ada duit extra, tiba – tiba dia tak jadi bawak saya ke Cameron, katanya membazir.
Suami buat keputusan nak balik kampung, rumah mak mertua. Kalau ada masa, hala balik dari kampung baru singgah cameron itu pun setakat lalu sahaja dan mahu pergi kami anak beranak sahaja sebab kalau ramai – ramai costing katanya, membazir katanya tidur di sana.
Saya terp4ksa ikutkan sahaja kehendak suami walaupun agak sedih. Sehari sebelum balik kampung terjadinya isu g4duh bab duit yang kononnya saya “curi” duit anak. Suami buat silent treatment. Sepanjang perjalanan kami tak bercakap.
Sampai la di rumah mertua saya agak badmood dan banyak mendiamkan diri. Suami pun lebih fokuskan maknya, “mak teringin nak makan apa, nak jalan mana?” Sedangkan saya sikit pun tak ditanya. Saya makan ke tidak pun tak dihiraunya.
Saya terdengar perbualan suami dan Maknya. Mak mertua cakap nak ke cameron. Dengan pantas suami booking hotel dan planning program mengikut kehendak maknya. Sedangkan suami tahu saya mengidam sangat nak ke sana bersama kami anak beranak dari bulan Jun lagi.
Tapi itulah, katanya membazir. Tapi bila mak nya, laju aja booking hotel. Sedih tak terkata sangat. Saya masih mendiamkan diri dan tak keluar bilik sebab masih kecewa dengan suami yang abaikan saya dan kandungan, seolah – olah saya buat kesalahan besar yang tak boleh dibawak bincang.
Sedangkan saya dah sarat tunggu hari bersalin sahaja. Mertua sikit pun tak nasihat suami untuk berbincang dengan saya sebagai suami isteri untuk selesaikan cara baik (sebagai pendamai). Suami sikit pun tak pertahankan saya, dan terus angkat beg – beg saya untuk hantar balik rumah ibu bapa saya.
Dalam kereta suami cuma cakap, “pergi la balik dulu rumah ayah. Kalau saya rasa nak ambik awak, saya datang ambik.” Selepas tu diam seribu bahasa. Mertua pun turut ikut sama hantar saya balik ke rumah mak ayah, jadinya saya tak dapat berbincang masalah kami suami isteri.
Hari ini suami, mertua dan adik ipar bertolak ke Cameron Hihgland tanpa saya. Sedih, kecewa, marah semua bercampur baur perasaan saya. Kalau lah suami ckp “takpa la sayang, nanti lepas bersalin ni kita pergi ya. Duit yang ada kita beli barang anak dan kelengkapan bersalin”.
Ini tidak, jangan cakap kelengkapan berpantang. Barang baby pun masih tak ada. Suami hanya beli baju semata – mata. Stokin dan sarung tangan baby pun saya terp4ksa recycle stokin pink berenda anak sulung yang 7 tahun lepas, sedangkan baby yang bakal lahir baby lelaki terp4ksa pakaikan bedung pink dan bunga – bunga kakaknya.
Sikit pun suami tak ingat pada saya dan anak bakal lahir. Duit “extra” yang suami ada diguna untuk bercuti dengan mak dan adiknya.
Saya betul – betul sedih dan terkilan min. Emosi saya betul – betul tak stabil dan takut sangat menjejaskan kandungan. Ditambah pulak tinggal tunggu hari je nak bersalin.
Komen W4rganet :
Noor Nabilla Fattin : Puan jaga diri sendiri dulu sekarang. Takpelah. Memang sedih dan makan hati tapi fikirkan anak dalam kandungan dulu.
Nanti dah selamat bersalin, cari kerja or buat bisnes online. Simpan duit perlahan – lahan, sambil doa suami jadi lebih memahami dan bertanggungjawab zahir dan batin. Kalau tak berubah juga, lepas dah bagi peluang dan masa, boleh pulang dia balik dekat mak dia. Biar mak dia jaga dan bela dia balik.
Aneef Anarqi Aneef : Kesian.. Awak bawa bertenang dan tabah dengan dugaan ini. Jika terlalu difikirkan mungkin akan menjejaskan kesihatan awak nanti tambahan plak waktu bersalin sem4kin hampir. Tentang perlakuan suami awak saya tak tau nak cakap apa. Semuanya telah terjadi. Tunggu lepas bersalin jika awak masih dibiarkan, minta dia lepaskan awak dan bersedialah dengan kehidupan baru.
Nur AMira : Isteri tak kan ambik duit anak kalau si suami cukup bagi isteri duit and modal buat bisness. Isteri buat bsness untuk keluarga jugak. Bukannya dia shopping tak tentu hala habiskan duit anak, salahnya sebab tak beritahu suami.
Saya yakin masalah ni kecik sangat tapi suami saja nak leretkan sampai si isteri makan hati dengan tindakan dia. Ya Allah.
Saya hanya mampu doakan semoga sis ni berjaya dalam bisnes dia, semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti.. semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk tt.
BACA: PKR bergolak? Saifuddin Nasution letak jawatan Setiausaha Agung