“Kena Lagu Ni Dengan Dia..” – Janna Nick Muat Naik Video Menyanyi Dengan Hafidz Roshdi, Komen Shuhada Jadi Tumpuan

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 21 Sep 2023 13:32:51

Pelakon Janna Nick hari ini mencuri tumpuan netizen apabila dia ada memuat naik video menyanyi dan menari bersama pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Janna dan Hafidz dilihat asyik menyanyikan lagu Cinta Tiga Segi nyanyian Saleem ketika di set penggambaran drama Melastik Ke Hatimu 2.

Advertisement

Namun apa yang mencuri perhatian adalah apabila satu komen daripada bekas isteri Hafidz Roshdi, Shuhada dilihat meninggalkan ‘sesuatu’ di bahagian komen hantaran tersebut.

Wehhh kena siak lagu ni dengan dia hahahahha, menceritakan segalanya.

Janna Nick turut memberi respon terhadap komen Shuhada dan memberikan emoji ketawa.

Netizen juga ada memberi reaksi lucu terhadap hantaran Shuhada yang dilihat selamba di sebalik isu di antara mereka berdua sebelum ini.

Komen Shuhada : Instagram  

Difahamkan, Shuhada bersama dua orang anaknya kini sedang berada di tanah suci bagi tujuan mengerjakan umrah.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada telah sah bercerai talak satu pada 27 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Alyah ramli ms
6 hours ago

"Macam Pusat Asuhan.." - Alyah 'Melawak' Dengan Tok Ram Sampai Kena Marah, Ada Netizen Yang Sentap?

“Kena Lagu Ni Dengan Dia..” – Janna Nick Muat Naik Video Menyanyi Dengan Hafidz Roshdi, Komen Shuhada Jadi Tumpuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts