Derita bayi ‘ditusuk’

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 Aug 2017 21:51:54



Seorang wanita menyangka anak lelakinya mengalami ‘mabuk kenderaan kronik’ rupa-rupanya mendapati bayi itu ‘ditusuk’ plastik tajam sejak dua tahun lalu.

Nichola Griffiths, 42, hairan setiap kali dia meletakkan Max berusia dua tahun, ke dalam tempat duduk khas bayi dalam kereta, anaknya akan mula menangis dan berasa sangat tidak selesa sambil meronta-ronta seolah-olah enggan berada di dalam kenderaan.

Max akan menangis sepanjang perjalanan seperti menderita setiap kali mereka sekeluarga menggunakan kenderaan untuk ke mana-mana destinasi, malah kadang-kadang sehingga jatuh sakit.

Bagaimanapun, akhirnya Griffiths dan suaminya, Nigel, 52, menemui lebihan plastik yang tajam seperti paku di sebalik alas tempat duduk bayi berjenama Britax Black Prince berharga £79.99 (RM442) itu.

“Saya sangat terkejut selepas meletakkan Max, kali ini tanpa baju, di dalam tempat duduknya itu mendapati terdapat kesan merah hampir berdarah di bahagian belakang badannya.

“Selama ini dia bersandar di atas plastik tajam, bayangkan jika berlaku insiden dan plastik tajam itu tertusuk ke tulang belakangnya,” katanya yang berang dengan kualiti tempat duduk bayi itu.

Katanya yang berasal dari Farsley, West Yorkshire, United Kingdom mereka tidak memakaikan baju anaknya pada 18 Julai lalu kerana pada waktu itu cuaca sangat panas.

“Kami ingatkan dia disengat lebah tapi kami tak jumpa pun serangga berkenaan dalam kereta,” katanya lagi.

 

Dia yang amat kesal dengan penderitaan anaknya selama ini berkata, selama ini anaknya seolah-olah duduk di atas ‘ruang penyeksaan’.

Griffiths yang masih terkejut dengan insiden itu menemui penjual kerusi itu sebelum terus berurusan dengan syarikat Britax.

Syarikat itu meminta kerusi yang bermasalah itu dan menggantikannya dengan kerusi bayi sementara.

“Sejak menggunakan kerusi sementara itu, Max sangat gembira berada di tempat duduknya,” katanya.

Britax kemudian memulangkan kerusi milik Max yang sudah dibaik pulih bagaimanapun ibu enam anak berkenaan sudah tidak mempercayai lagi jenama berkenaan

: Harian Metro

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...