by Oh! Semput
Lebih 10 pengamal media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta sejak kira-kira pukul 10 pagi hari ini.
Kehadiran pengamal media itu susulan desas-desus bahawa Najib mungkin dibenarkan menjalani hukuman di bawah tahanan rumah. Bagaimanapun, setakat laporan diterbitkan, belum ada pengumuman rasmi yang mengesahkan perkara tersebut dan tiada pergerakan keluar masuk dilihat di kediamannya.
Utusan Malaysia Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, dilihat berada di Istana Negara bagi Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pagi ini.
Permohonan pengampunan Najib menjadi perhatian selepas pertimbangannya ditangguhkan dalam mesyuarat pada 11 September lalu.
Dalam pada itu, Hannah sebelum ini menafikan kesahihan satu dokumen tular yang mendakwa beliau menandatangani perintah tahanan rumah Najib dan menyifatkannya sebagai palsu. – UTUSAN MALAYSIA
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desas-Desus Tahanan Rumah Najib, Pengamal Media Mula Berkumpul Depan Kediaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.