Detik Mengerikan! Doktor Tarik Kepala Bayi Terlalu Kuat Sampai TERPUTUS Dari Badannya

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 22 Oct 2020 16:02:45

Proses melahirkan bayi adalah saat paling getir dan penuh dengan air mata kerana ia melibatkan nyawa anda dan anak yang bakal dilahirkan. Siapa sangka setelah melalui pelbagai ujian ketika mengandung, akhirnya si ibu terpaksa menerima takdir yang tidak pernah diminta olehnya.

Kejadian yang mengerikan boleh berlaku sekiranya anda berdepan komplikasi bersalin sehingga sedikit kesilapan boleh meragut bayi.

Proses melahirkan bayi gagal

proses kelahiran bayicredit to sources

Memetik laporan Harian Metro, kepala seorang bayi yang baru lahir telah dilaporkan terputus daripada badannya dalam proses melahirkan bayi gagal berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, utara Brazil.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila beberapa orang doktor telah memaksa ibu muda berusia 26 tahun meneran bayi keluar dari dalam kandungan. Walau bagaimanapun dia sebenarnya sebelum ini telah dijadualkan bersalin secara pembedahan.

Menurut keterangan suami mangsa, isterinya sedang mengandung 8 bulan telah tiba di pusat perubatan berkenaan pada jam 6 pagi dari sebuah hospital lain di bandar Qurem bagi menjalani pembedahan Caesarean secara elektif.

Mangsa kemudiannya terpaksa menunggu selama 3 jam sebelum dibawa ke dewan bersalin untuk proses melahirkan bayi secara normal. 

''Sebelum ini pihak hospital Qurem telah memberikan surat yang menyatakan bayi kami hanya boleh dilahirkan secara pembedahan kerana dia mengalami masalah kesihatan ketika dalam kandungan,'' 

''Namun apabila tiba sahaja di hospital ini, mereka menyuruh isteri saya untuk bersalin normal. Mereka menarik kepala anak saya terlalu kuat sehingga kepalanya terputus dari badan,'' jelas lelaki berkenaan kepada pihak media.

Kemudian, doktor telah meletakkan ubat bius di badan mangsa untuk menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan sisa badan anaknya yang tertinggal di dalam rahim.

Mangsa sudahpun dimaklumkan tentang kematian anaknya, namun tidak mengetahui punca bayi tersebut meninggal dunia. Salah seorang anggota perubatan mendakwa bahawa bayi dalam kandungan wanita berkenaan telah pun meninggal dunia sebelum dia diarahkan bersalin normal.

Berhubung insiden tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan terperinci oleh pihak berkuasa.

Tips kekal tenang menghadapi proses bersalin

Kebanyakan ibu pasti akan terbayang dengan cakap-cakap orang tentang kesakitan untuk melahirkan seorang anak. Meskipun sepanjang tempoh 9 bulan anda telah melakukan pelbagai persiapan fizikal dan mental, namun rasa cemas itu masih ada.

Berdasarkan penerangan oleh Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Norshida Brahim, proses kelahiran bayi sepatutnya dilalui dengan hati yang tenang. Anda hendaklah mengenal pasti perubahan, tanda-tanda dan langkah sehingga bayi berjaya dilahirkan.

#1. Mengenali simptom awal hendak bersalin

proses bersalincredit to sources

Pada awal kelahiran, ibu mungkin terpaksa menahan sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau abdomen dan disertai rasa kejang seolah-olah senggugut.

Namun jika tidak disertai dengan rasa sakit atau lelehan mukus berwarna coklat atau darah, ia mungkin adalah Braxton Hicks. Justeru, kenali simptom sebenar supaya anda tidak penat berulang-alik ke hospital.

''Biasanya Braxton Hicks berlaku paling awal pada usia kandungan 8 bulan atau 32 hingga 36 minggu. Ibu akan berasa perut mengeras, tidak selesa dan berat pada bahagian ari-ari.'' jelasnya.

Namun apabila mencecah usia kandungan 37 minggu dan perut mula mengeras, kontraksi hendak bersalin boleh dibezakan dengan naluri ibu sendiri. Tubuh akan merasakan sakit bersalin yang sebenar.

#2. Menjaga masa

Perhatikan waktu anda sakit. Sekiranya ia datang setiap setengah jam, pantau lagi dengan merekodkan secara bertulis di atas kertas atau catat dalam nota telefon pintar.

Ibu perlu mempertimbangkan jarak lokasi dengan hospital. Jika dekat, anda boleh datang ketika kontraksi bermula setiap 10 minit. Ambil perhatian sekiranya kontraksi sama berulang 3 kali. Ketika ini anda hendaklah menuju ke hospital.

#3. Usah 'berehat' terlalu awal

proses melahirkan bayi gagalcredit to sources

''Zaman ini sudah menjadi trend kebanyakan ibu muda apabila memasuki usia kandungan 38 minggu, mereka akan meminta sijil cuti sakit. Kemudian, mereka hanya duduk di rumah dan mungkin membelek beg, menyemak keperluan bayi berulang-ulang kali,'' 

''Lama-kelamaan, ibu menjadi semakin bimbang dan cemas. Kadang kala apabila rasa sakit sedikit, terus ajak suami ke hospital. Semua ini adalah kesan psikologi dan kerap terjadi kepada ibu yang mengandung anak pertama,'' jelasnya.

Justeru, sekiranya anda hendak cuti pastikan tubuh terus aktif melakukan pelbagai aktiviti bagi menenangkan diri dan bersedia untuk kelahiran bayi.

: Harian Metro

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts