Diana Danielle Dedah Kekasih Kepada Umum – “Dia Memang Boleh Dibuat Suami”

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 18 Jun 2026 06:32:39

Pelakon Diana Danielle mendedahkan kekasihnya yang dikenali sebagai Bern merupakan seorang individu yang sangat menyokong kerjayanya.

Memetik Astro Gempak, Diana berkata dia banyak meminta pandangan daripada kekasihnya terutama melibatkan hal kerja, selain menyifatkan Bern sebagai seorang yang mengambil berat.

Advertisement

“Partner saya memang sangat supportive dan dia ambil berat. Dia pastikan semuanya teratur. Saya memang banyak minta pandangan dia tentang apa yang saya patut buat dan sebagainya.”

“Dia sangat terlibat dengan kerja saya dan juga keputusan harian saya, tetapi dalam keadaan yang positif,” katanya.

Dalam masa sama, Diana turut berkongsi bahawa hubungan mereka kini menuju ke arah yang lebih serius.

Diana Danielle

Malah, pelakon itu mengakui kekasihnya mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan suami.

“Insya-Allah, memang ke arah itu (berkahwin). Cuma nak kata bila, saya betul-betul tak pasti lagi. Tapi saya rasa dia memang seorang yang boleh dibuat suami,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-17 12:59:06

"Baik Aku Cakap Dengan Haiwan" - Sasha Aziz Berang Netizen Pertikai Dirinya Pakai Khiban

Diana Danielle Dedah Kekasih Kepada Umum – “Dia Memang Boleh Dibuat Suami” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts