Didakwa Jejak Pengguna iPhone Tanpa Kebenaran, Meta Berdepan Tuntutan Mahkamah

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 22 Sep 2022 22:30:28

Meta kini dilaporkan berdepan tuntutan mahkamah kerana didakwa telah menjejak dan mengumpul data peribadi pengguna iPhone, walaupun Apple mempunyai ciri yang boleh melindungi pengguna iPhone daripada dijejaki.

Pada Ogos, telah didedahkan bahawa melalui aplikasi Facebook dan Instagram, Meta boleh menjejak semua input papan kekunci dan apa yang ditaip pengguna, apabila menggunakan pelayar dalam aplikasi (in-app browser). Sebagai contoh, apabila pengguna menekan pada pautan di Instagram, Meta boleh mengawal interaksi, pilihan teks serta input teks, seperti kata laluan dan maklumat kad kredit.

{suggest}

Amalan penjejakan pengguna ini merupakan pelanggaran secara langsung bagi dasar App Tracking Transparency (ATT) Apple, yang sepatutnya memerlukan aplikasi meminta persetujuan pengguna sebelum menjejaki mereka merentasi aplikasi dan laman web yang dimiliki oleh syarikat lain.

Berbalik kepada tuntutan yang difailkan pada Rabu, ia mendakwa Meta melakukan pelanggaran itu serta mengumpul data tanpa persetujuan pengguna dalam aplikasi Facebook dan Instagram.

Sejak ATT diperkenalkan pada Jun 2021, Meta merupakan syarikat yang paling lantang bersuara menentang dasar itu, di mana ia mendakwa ciri tersebut akan menjejaskan perniagaan kecil yang bergantung kepada iklan bersasar.

: MacRumors

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts