Didakwa punca Rashidi Ishak & Vanida Imran bercerai, ini penjelasan Fify Azmi

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 22 Mar 2019 14:04:12

Aktor Rashidi Ishak menjelaskan gadis bernama Fify Azmi itu bukan orang ketiga yang menjadi punca perpisahan dengan bekas isterinya, Vanida Imran.

alt

Tidak berdiam diri, finalis Dewi Remaja 2014/2015 itu tampil memberi penjelasan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktor filem Mami Jarum itu.

Gadis berusia 29 tahun itu berkata, dia sendiri berasa terkejut selepas dituduh menjadi punca penceraian dengan pasangan tersebut.

“Saya tiada kena mengena dalam hal rumah tangga abang Rashidi dan isu penceraian Abang Shidi (Rashidi). Malah kami sebenarnya sudah lama kenal.

“Ketika kami menjalani penggambaran klip video iklan produk minyak wangi (Starrasky) pun, mereka sudah bercerai.

“Saya sendiri sedih dan terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara itu,” ujarnya.

Hal ini berpunca daripada video romantik yang sebenarnya merupakan iklan produk minyak wangi yang dimuat naik di laman sosial Instagram mereka.

alt

“Saya harap orang tak salah faham dan kita doakan yang terbaik untuk abang Rashidi dengan Kak Vanida.

“Lagi satu saya dengan abang Rashidi sudah lama kenal dan kami sudah macam abang dan adik,” ujarnya.

Baru-baru ini, Rashidi mengumumkan telah bercerai dengan bekas isterinya yang juga merupakan seorang pelakon pada 9 Ogos 2018 setelah 17 tahun mendirikan rumah tangga.

: Berita Harian

<-count href="https://www.ohmymedia.cc/didakwa-punca-rashidi-ishak-vanida-imran-bercerai-ini-penjelasan-fify-azmi/"> Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts