Nama dikaitkan, Alif Satar tak selesa dipuji -“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa..”

by Oh! Semput


14
SHARES
182
VIEWS
Posted on 27 Nov 2023 14:01:19

Selebriti serba boleh, Alif Satar menyatakan dirinya ‘tak selesa’ apabila dipuji pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berhubung keperibadiannya seperti mana dimuat naik dalam aplikasi X, semalam.

“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar je  yang Tok Abah (Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah) berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap.
“Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!”ciapnya.

Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar je yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap.

Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!

— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) November 26, 2023

Alif Satar tak selesa, segan dipuji daripada berita negatif orang

Penyanyi lagu Jangan Nakal ini berkata, dia bukanlah seorang yang sempurna untuk menerima pujian seperti itu. Ini kerana dirinya merasakan masih mempunyai kekurangan, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan kisah negatif’ kehidupan seseorang.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu juga berkata, dia tidak berasa bangga dengan pujian diterima, termasuk namanya terbabit dalam isu rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial, Alif Teega, semalam.

“Saya segan sebab pujian itu mungkin datang daripada berita negatif orang lain. Ia mungkin kedengaran kelakar dalam media sosial, tapi kehidupan orang lain yang terjejas dan banyak hati terguris mengenainya.
“Netizen pun komen pedas dan kelakar. Tapi, saya tak suka komen sebab tak tahu apa nasib masa depan dan pengakhiran hidup saya pun tak tahu bagaimana,”ujarnya.

Alif Satar

Pun begitu, Alif bersyukur apabila menerima komen positif daripada pakar motivasi terkenal namun dia meletakkan segala pujian hanya untuk Allah.

“Jadi, Fadzilah komen itu Alhamdulillah, tapi segala pujian itu semuanya bagi Allah. Saya sedikit pun tak rasa bangga dengan pujian. Orang boleh cakap apa-apa sama ada negatif atau positif.
“Saya tak berkenan jika pujian itu datang daripada berita tak baik orang lain. Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen bertanya bila saya bernikah lain,”ujar Alif Satar lagi.

Tiada orang sempurna, syukur aib masih ditutup

Tambah Alif, dia tidak seronok apabila pujian itu timbul daripada berita negatif orang lain kerana ia berkemungkinan memberi kesan kepada individu terbabit.

Alif berkata, dirinya tidak berani untuk komen berlebihan kerana tidak tahu nasib pada masa akan datang.

“Berat sebenarnya pujian itu, mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Kalau aib saya dibuka macam mana?
“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini terjadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” katanya.

Penyanyi berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak terganggu dengan usikan netizen dengan mengaitkan dirinya dengan isu terbabit kerana memiliki nama yang sama.

Dalam perkembangan lain, Alif bakal menjayakan konsert A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito anjuran bersama Mutiara Optimum Sdn Bhd dan MND Sport & Event Sdn Bhd di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Januari tahun depan.

Artikel lain: Isteri izinkan Alif Satar berbasikal, bagi amaran jangan bawa ‘madu’ balik rumah

: BH Online (Affan Rostam)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts