Diketawakan pendakwah ketika jual teh ais, Aisar Khaled mahu bantu peniaga air viral Indonesia

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 04 Dec 2024 14:00:45

Personaliti media sosial, Aisar Khaled terkesan apabila melihat seorang penjual teh diketawakan pendakwah ketika sedang berjualan di sebuah majlis agama di Indonesia.

Menerusi hantaran di Instagram, Aisar menyatakan hasrat untuk bertemu dengan peniaga air teh yang tular baru-baru ini memandangkan dia kini berada di negara berkenaan.

Pemilik lengkap nama Aisar Khaled Kamel,24, memberitahu dia kini sedang berusaha mencari maklumat mengenai lelaki berkenaan kerana mahu menyampaikan sedikit bantuan.

“Assalamualaikum warga Indonesia, buat sesiapa yang mengenali pakcik ini, saya mahu berjumpa dengan dia kerana pakcik ini seorang yang sangat hebat.
“Sekarang ini, saya masih lagi berada di Jakarta. Jika pakcik ini berada di Papua, Bandung atau mana-mana sahaja negeri di Indonesia, kalau boleh, bantu saya untuk
menghubungi pakcik ini,” katanya.

alt

Lantaran itu, Aisar juga berharap agar orang ramai sudi membantu untuk merealisasikan hasratnya.

“Kalau ada yang kenal, boleh tolong komen atau bantu kongsikan video ini.
“Saya akan datang berikan sedikit bantuan dan kegembiraan buat pakcik ini. Tolong bantu ya teman-teman,”katanya lagi.

alt

Terima kasih Aisar!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terutama dari Indonesia memuji tindakannya, selain turut mendoakan Aisar dimurahkan rezeki.

Tidak kurang juga ada memberi tempat tinggal penjual teh tular di ruangan komen.

alt alt alt alt alt alt

Artikel lain: Ingatkan Sultan betul! Aisar Khaled jadi kegilaan warga Indonesia, ramai berasak2

Diketawakan pendakwah

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang penjual teh ais diperlekeh dan menjaga mangsa ‘ketawa’  dalam satu majlis agama di Indonesia.

Rata-rata warganet mengecam tindakan mubaligh tersebut yang disifat amat keterlaluan dan telah menjaduhkan air muka lelaki tersebut.

alt

Difahamkan, mubaligh tersebut telah pun berjumpa dengan peniaga air teh berkenaan untuk memohon maaf secara terbuka.

: Instagram Aisar Khaled

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts