Siri Z Fold / Z Flip 4 Dikhabarkan Akan Mempunyai Peningkatan Storan

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 19:00:17

Siri telefon boleh lipat daripada Samsung seperti Z Fold dan Z Flip dikhabarkan bakal menerima naik taraf yang menarik dalam peranti generasi seterusnya. Setakat generasi ke 3 untuk dua-dua siri, ia menerima maklum balas yang sangat positif daripada pengguna dan komuniti dunia.

Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang daripada Korea - Handphone, kedua-dua siri peranti boleh lipat daripada Samsung itu akan dipadankan storan yang lebih besar dan berkuasa daripada pendahulunya.

Samsung Galaxy Z Flip 4 mungkin mempunyai storan bersaiz 512 GB, manakala Samsung Galaxy Z Fold 4 pula akan disokong dengan storan yang lebih besar pada 1 TB.

Galaxy Z Flip 4 design leaks real-life photos - 9to5Google Kapsyen: Ura-ura akan rekaan dan bentuk Samsung Galaxy Z Flip 4 (Kredit: 91 Mobiles)

Buat pengetahuan anda, laman sesawang tersebut ditadbir oleh Korea Assosiation for ITC Promotion yang bertanggungjawab dalam menguruskan maklumat berkenaan peranti yang hilang dan juga peranti yang bakal masuk ke pasaran Korea.

Selain itu, kedua-dua peranti Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 juga dikhabarkan akan membuat kemunculan dalam acara Galazxy Unpacked pada 10 Ogos nanti. Di samping itu, mereka yang tidak memilih untuk membeli Galaxy S22 Ultra mungkin sedang menunggu kehadiran generasi seterusnya dalam siri telefon boleh lipat Samsung ini.

: wccftech

Gambar utama: 91mobile

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts