by Oh! Semput
Usahawan terkenal, Farhana Zahra hadir memberi keterangan di Jabatan Agama Islam dan Hal Ehwal Kelantan (JAHEIK) susulan penganjuran majlis hari jadi anaknya yang menjadi perhatian hangat netizen di media sosial.
Menerusi hantaran di Facebook, Farhana atau lebih dikenali sebagai Cik Na memaklumkan sesi tersebut berjalan dengan lancar dan dia telah menjelaskan keseluruhan perjalanan majlis berkenaan kepada pihak JAHEIK untuk dinilai secara menyeluruh.
Dalam masa sama, Farhana turut berkongsi bahawa pihak JAHEIK ada mencadangkan satu pertemuan bersama Mufti Kelantan bagi mendapatkan pandangan serta nasihat lanjut berhubung isu tersebut.
Bagaimanapun, pertemuan itu tidak dapat diteruskan berikutan keadaan kesihatan mufti yang kurang mengizinkan.
Menurut Farhana, dia terbuka menerima teguran dan menganggap isu yang berlaku sebagai satu pengajaran buat semua pihak. Namun begitu, dia berharap masyarakat tidak terus menghukum secara keterlaluan tanpa memahami situasi sebenar.
“Yang mana masih lagi terus terusan menghukum, menghina ibarat cikna buat dosa terang-terangan macam minum arak, buat maksiat, berpakaian seksi tu berhenti lah, sebab kita semua diuji.”
“Kalau perkara ni cikna tak buat, kita pon xtahu perkara cikna buat boleh jadi salah. Anggap la ni satu pelajaran untuk kita semua, cikna yakin ramai yang tak tahu, jadi bila perkara ni berlaku sama-sama kita belajar.”
Terdahulu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad tampil menegur tindakan menyambut hari jadi menggunakan tema bunian kerana disifatkan tidak selari dengan ajaran Islam.
Beliau turut menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu bentuk kufur nikmat kerana tidak meletakkan nikmat kurniaan Allah SWT pada tempat yang sepatutnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Dikritik Kufur Nikmat Oleh Mufti, Usahawan Anjur Hari Jadi Tema Bunian Beri Keterangan Di JAHEIK first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.