Peja dilantik sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan, gara-gara kalah di Tambun, Peja cuba nasib di Negeri Sembilan?

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 02 Jun 2023 11:31:05

Peja dilantik sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan, gara-gara kalah di Tambun, Peja cuba nasib di Negeri Sembilan?

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengesahkan

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.

Peja dilantik sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan, gara-gara kalah di Tambun, Peja cuba nasib di Negeri Sembilan?

Beliau menggantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith , yang telah dilepaskan daripada tugasnya.

Ahmad Faizal menyatakan bahawa mengambil alih jawatan ini adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang, bertujuan untuk memperkasakan jentera PN di negeri ini.

“Datuk Eddin Syazlee kekal dalam struktur kepimpinan, dan beliau telah melaksanakan tugasnya dengan baik.

“Usaha kita sekarang termasuk melibatkan kepimpinan pusat untuk mempertingkat dan memperkemas jentera parti,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal enggan mengulas punca Eddin Syazlee dipecat daripada jawatan itu.

BACA:

‘Ucapan kebencian’, Presiden Pas disoal siasat

Mursyidul Am Pas perintah UMNO kembali ke MN dakwa ini ‘perintah Tuhan’

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts