OPPO Find X5 Pro Dilengkapi Teknologi Tambah Baik Pengalaman 4G Dan 5G

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 19:00:15

Menjelang 2025, dijangka satu pertiga populasi dunia dapat menikmati rangkaian 5G.

Soal capaian rangkaian, ia bergantung pada antena disertakan dalam setiap unit peranti. Oleh itu, kualiti isyarat bergantung pada cara individu memegang peranti kerana terkadang, tangan menutup keduduk antena lantas menyebabkan isyarat diterima terjejas.

OPPO pada 2020 telah hadir dengan reka bentuk antena 360 darjah atau 360-degree Antenna Design pada OPPO Reno 3 di mana antena dilengkapkan pada bingkai luaran telefon.

The 360-degree Antenna Design in OPPO Reno 3

Namun, antara masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah apabila mereka berada di tempat tertutup seperti tempat letak kereta, lif, kereta api yang menyebabkan kehilangan capaian dan lag.

Di sini, power amplifier (PA) atau penguat isyarat dalam telefon berfungsi untuk menguatkan semula isyarat. Isunya, kebanyakan telefon hanya ada satu PA.

PA ini pula perlu memilih antena manakah yang sesuai untuk menerima isyarat. Ini memakan masa lantas menyumbang pada lag dan beban padanya sendiri.

OPPO kemudian memperkenalkan teknologi dinamakan Dual PA Four-way Connection System dalam OPPO Find X5 Pro yang didatangkan dengan dua PA.

Ia kemudian dibantu dengan Fast Matching Algorithm yang membolehkan telefon sendiri pilih PA yang sesuai mengikut waktu. Bukan hanya kecekapan ditingkatkan, tapi juga penggunaan tenaga.

Jadi, dalam situasi yang sukar mendapat rangkaian, sistem yang ada ini membantu telefon dapatkan isyarat lebih pantas daripada telefon lain.

: Siaran Akhbar OPPO

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts