14 duta UNSC dipanggil lawat Israel

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 25 Dec 2016 19:00:57

NETANYAHU ketika menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Jerusalem, hari ini. – Foto AP

BAITULMAQDIS: Israel memanggil 14 duta negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCS) yang mengundi menyokong resolusi penyelesaian aktiviti penempatan Yahudi, kata jurucakap Kementerian Luar.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman menegur cara pengundian dan turut mengumumkan pada Ahad bahawa Israel sudah memutuskan penyelarasan awam dengan rakyat Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar, Emmanuel Nahshon, berkata 14 wakil anggota UNCS bakal melawat kementerian itu di sini. Wakil Amerika Syarikat tidak menyertai lawatan itu.

UNCS meluluskan resolusi itu pada Jumaat selepas Amerika Syarikat berkecuali, membolehkan penerimaan resolusi pertama sejak 1979 bagi mengutuk Israel terhadap dasar penempatannya.

Resolusi itu antara lain menuntut Israel dengan segera menghentikan sepenuhnya semua aktiviti penempatan di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk timur Baitulmaqdis.

Ia menyatakan penempatan itu tidak sah dari sisi undang-undang dan berbahaya kerana menjejaskan penyelesaian masalah dua negara.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menolak resolusi itu dan menganggap ia sebagai “tamparan memalukan terhadap Israel” dan mengulang dakwaan pada Ahad, bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Setiausaha Negara John Kerry adalah dalang disebalik resolusi itu.

“Kami tidak ragu-ragu bahawa pentadbiran Obama berdiri di belakangnya, menyelaraskan draf dan menuntut untuk ia diluluskan,” kata Netanyahu sebelum mesyuarat mingguan Kabinet. – AGENSI

Category: Dunia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts