Dipersoal Guna Golongan OKU Sebagai Strategi Perniagaan, Burger King Bidas!

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 00:02:20



Walaupun ada yang memandang rendah kepada golongan OKU, tetapi golongan ini telah banyak kali membuktikan bahawa mereka sama kompeten dan berkebolehan seperti orang cukup upaya.

BACA: Gara2 Kuasa Media Sosial, Pak Cik Jual Burger ‘Murah Dan Sedap’ Berjaya Viral

Burger King Indonesia juga setuju bahawa memiliki kekurangan upaya fizikal bukanlah satu halangan untuk seseorang individu itu bekerja. Atas sebab itu, sejak tahun 2018, BK Indonesia telah membuka cawangan restoran mereka di Bali di mana pekerjanya terdiri daripada pekerja OKU.

burger-king-special-crew-response-2-5d71fb27b651c__700

Pihak pengurusan cawangan itu turut memasang beberapa papan tanda memaparkan cara-cara mudah untuk berkomunikasi dengan kakitangan mereka.

burger-king-special-crew-response-3-5d71fb2de356e__700

Namun seorang individu telah mempersoalkan sama ada dia perlu mengkagumi usaha Burger King itu atau ia hanya satu strategi perniagaan untuk meraih simpati pengguna.

burger-king-special-crew-response-5d72058d02dfc__700

Membidas persoalan individu itu, Burger King menegaskan bahawa setiap orang mempunyai hak sama rata untuk memperolehi peluang pekerjaan tanpa mengira batas fizikal.

It’s not a marketing strategic shit. It’s just an equal right for everyone to have a decent job thing. Thanks for the shout out tho!

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...