Diskaun 10 peratus di KESAS, SMART sempena Krismas

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 20 Dec 2016 10:00:37

KUALA LUMPUR: Pengendali konsesi Lebuhraya Shah Alam (LSA), KESAS Sdn Bhd (KESAS) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna lebuh raya terbabit, sempena perayaan Hari Krismas ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KESAS, Imran Gulcharan Abdullah, dalam kenyataan media, berkata pemberian diskaun itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya kepada pengguna LSA.

“Diskaun tol akan diberikan kepada kenderaan kelas 1, berkuat kuasa pada 25 Disember ini mulai jam 12.01 tengah malam hingga jam 11.59 malam hari sama.

“Pengguna boleh menikmati diskaun sebanyak 20 sen iaitu kadar tol akan dicaj sebanyak RM1.80, berbanding RM2 pada hari biasa,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi hotline KESAS di talian 03-56337188 atau layari laman sesawang KESAS di www.kesas.com.my

Sementara itu, Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) turut menawarkan diskaun 10 peratus kepada pengguna lebuh rayanya sempena Hari Krismas ini.

Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART, Sharifah Alauyah Wan Othman, berkata diskaun berkenaan akan diberi pada jam 6 pagi Ahad ini hingga jam 6 pagi keesokannya.

“Ia adalah pelaksanaan CSR pihak SMART untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Krismas pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Pengguna boleh melayari laman web SMART di www.smarttunnel.com.my atau ikuti laman Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau hubungi talian bebas tol 1300-88-7188 untuk sebarang maklumat atau pertanyaan.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts