Ditegur badan berisi, Janna Nick tertekan masih belum hamil -“Dah cuba bermacam cara”

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 28 Feb 2024 17:02:05

Pelakon Janna Nick akui sedih dan tertekan apabila hasratnya untuk hamil belum kesampaian selepas membuat ujian kehamilan, baru-baru ini.

Janna Nick sedih, tertekan belum hamil

Pemilik nama Nur Jannah Muner, 29, berkata, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk mendapat zuriat bersama suami, Dini Schatzmann yang juga seorang pelakon.

Bagaimanapun, sehingga kini rumah tangga mereka masih belum dikurniakan rezeki zuriat.

Menerusi video dikongsikan di platform TikTok, Janna Nick dilihat terbangun seawal jam 4 pagi sebelum membuat keputusan untuk melakukan ujian kehamilan.

Janna juga dilihat menunaikan solat sunat dua rakaat dan berdoa dengan bersungguh-sungguh supaya tidak kecewa sekali lagi. Tetapi nampaknya keputusan negatif.

“Terbangun pukul 4 pagi, jadi saya buat keputusan untuk buat ujian kehamilan. Buat ujian itu, masa Dini tidur, jadi dia tak nampak saya tertekan,”kongsi Janna.
Janna Nick hamil

Artikel lain: Buat kerja rumah, netizen puji suami Janna Nick ‘limited edition’

Dalam pada itu, Janna juga akui dirinya berasa sedikit gementar setiap kali mahu memeriksa keputusan yang ditujukkan oleh ujian kehamilan tersebut.

Janna berkata, dia berharap keputusan yang diterima itu adalah ‘garisan dua’ dan boleh dijadikan sebagai kejutan buat suaminya.

“Baru nampak keputusan (satu garisan), pelik sebab dah cuba bermacam cara. Kena paksa diri untuk terima, belum rezeki,”katanya.

Janna Nick hamil

Janna berkongsi video tersebut bagi menjawab pertanyaan warganet yang menegur mengenai perubahan fizikal selebriti kelahiran Kedah itu yang dilihat sudah mempunyai ‘isi’.

Jelas pelakon drama Bukan Puteri Lindungan, badannya semakin berisi kerana dia kurang bergerak takut sukar hamil. Malah, dia uga berhenti melakukan aktiviti kegemaran seperti yoga, sauna dan bersenam supaya badan dapat berehat.

@jannanickofficial

Replying to @user9317614082996 dah masuk fasa psycho dah. Jawapan bagi soalan: Badan berisi sebab tak aktif bergerak sebab takut tak lekat. Korban segala activity yang I suka..yoga, sauna, heavy exercise, kerja berlebihan sebab nak bagi badan rest. Makan segala jenis supplement sampai muka naik jerawat jerawat besar. Start psycho bila setiap bulan semua benda I rasa simptom mengandung. Overanalyze! Pls take note that pregnancy journey tak mudah. I faham…I terima takdir & tahu ada orang lagi lama menunggu. Janna berdoa agar semua yang sama sama berjuang & menanti..akan dapat baby yang comel comel ❤️

♬ Buah Hati – Armada

Kongsinya lagi, dia juga sudah ambil pelbagai jenis vitamin dan suplemen sehingga muka naik jerawat besar. Setiap bulan, fikirannya akan bercelaru kerana setiap perkara dirasakan seperti simptom hamil.

alt

Sekadar info, Janna dan Dini telah mendirikan rumah tangga di sebuah resort mewah di Pantai Chenang Langkawi pada 10 Jun lalu.

: TikTok @jannanickofficial

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts