Buat tak tahu bila ditegur, tindakan biadap wanita ini mandikan anjing di tandas RnR dikecam netizen

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Feb 2019 18:00:07



No common sense! itulah ayat yang paling tepat sekali untuk menggambarkan tindakan seorang wanita yang tanpa rasa bersalah memandikan anjing peliharaannya di dalam bilik tukar lampin bayi di Kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan.

Video wanita tersebut telah dirakam oleh seorang individu yang dikenali sebagai Farah Shafiza di akaun Facebook miliknya, telah mengundang ketidakpuasan hati orang ramai yang menyifatkan wanita itu tidak menghormati sensitiviti agama lain.

Menurut Farah, wanita itu sebenar sudah ditegur beberapa kali oleh pekerja RnR, namun wanita tersebut tidak mempedulikan teguran yang diterima.

Tidak berpuas hati dengan tindakan biadap pemilik anjing berkenaan, Farah telah bertindak merakam aksi wanita yang sedang memandikan anjingnya itu.

Mujur pihak PLUS mengambil tindakan pantas selepas menerima aduan berkenaan wanita tersebut. Proses pembersihan dan menyamak kawasan bilik persalinan bayi itu dilakukan dengan segera.

Malah, notis larangan membawa binatang telah ditampal untuk mengelak perkara yang sama berulang lagi.

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

Diharapkan selepas ini tiada lagi pemilik anjing yang melakukan perkara yang sama, kerana tempat awam adalah kegunaan semua orang bukannya hak peribadi.

: Facebook Penang kini, Harian Metro, Farah Shafiza

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...