Saya Akur Jika Diusik, Tapi Tolong Hormat Emak Saya – Haneesya Hanee

by Oh! Semput


HOME Posted on 10 Oct 2019 14:01:56



Nama pemenang  Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 32, Haneesya Hanee sering terpalit dengan kontroversi. Ada sahaja isu panas mengaitkan dirinya.

haneesya hanee

Baru-baru ini, dia sekali lagi dikecam teruk berikutan tindakan ibunya membuat laporan polis. Bagaimanapun, Haneesya berkata dia tidak kisah andai dirinya dikecam mahupun dihina tetapi meminta agar netizen menghormati ibunya.

Saya tahu ada harga yang perlu dibayar apabila memilih dunia seni sebagai medan mencari rezeki. Saya akur dan reda jika diusik warganet, tetapi tolong hormati emak saya. Jika ada yang mahu menghina, mencerca dan mempersenda, tolong fikirkan semula kerana saya masih ada emak. Cuba bayangkan kalau perkara sama terjadi kepada kalian?

ibu haneesya hanee

Ramai yang salah faham dan mengaitkan laporan polis itu dibuat gara-gara permohonan maaf beberapa individu yang menghina warna kulit saya. Ia tiada kaitan dengan isu itu, sebaliknya ibu terpaksa bertindak apabila ada pihak yang menghantar mesej berbaur ugutan.

Mungkin pada luaran Haneesya dianggap kebal dengan segala kecaman dan kritikan daripada netizen, tetapi ada masanya dia juga tidak mampu bertahan dan menangis mengenangkan nasibnya yang sering dikecam.

haneesya hanee dikecam

Tipu kalau saya katakan diri ini begitu kuat dan kebal untuk berdepan pandangan serong serta kecaman orang luar. Saya pernah jatuh terduduk dan menangis mengenangkan nasib yang tidak habis-habis dikecam.

Terdahulu, Haneesya dan ibunya telah membuat laporan polis terhadap dua orang individu yang memberikan komen melampau merendah-rendahkan gadis berusia 19 tahun itu. Sebelum ini, ada juga pihak yang menuduh Haneesya mencari publisiti murahan dengan menggunakan isu warna kulit.

Berita : BH ONLINE

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...