10 Drama Korea Terbaru 'Best', Boleh Tonton Secara Online!

by Oh! Semput


4
SHARES
58
VIEWS
Posted on 25 Jan 2023 14:30:41

10 Drama Korea Terbaru 'Best', Boleh Tonton Secara Online!


   
Khas buat kaki drama Korea, penulis ingin berkongsi senarai drama berepisod Korea menarik yang sangat sesuai untuk ditonton oleh peminat K-Drama.
  
Dilakonkan oleh pelakon kesukaan ramai, rata-rata daripadanya sebenarnya mempunyai peminat setia tersendiri dan siri yang penulis sarankan adalah berdasarkan apa yang sohor dan diminati penonton.
  
Menariknya, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan penstriman video, Netflix untuk mendapatkan kandungan drama yang disarankan ini.
  
Tanpa berlengah lagi, mari lihat senarainya!
  

10 Drama Korea Terbaru & Terbaik (2018 - 2022) Berserta Sinopsis

  

Hospital Playlist (2020)

Hospital Playlist merupakan sebuah siri yang mengambil kisah lima sahabat baik yang berkawan sejak mereka menuntut di sekolah perubatan pada tahun 1999, akhirnya bekerja dalam profesion yang sama sebagai doktor di Pusat Perubatan Yulje.
  
Kelima-lima doktor berusia empat puluhan itu kekal rapat dan berkongsi minat dalam bidang muzik. Mereka melalui hari-hari yang luar biasa bersama pesakit mereka, di mana kelahiran, kematian dan segala-galanya wujud bersama.
  
Genre: Drama Perubatan, Romantik, Komedi
Pelakon: Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung, Jeon Mi-do
Platform online: Netflix
  

Flower of Evil (2020)

Flower of Evil membawakan kisah pasangan suami isteri, Baek Hee Sung dan Detektif Cha Ji-Won yang berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata perempuan.
  
Di luaran, Baek Hee Sung tampak seperti seorang lelaki yang komited terhadap keluarganya, namun masa lalunya yang kelam sebagai psikopat tanpa emosi menguji kepercayaan mereka antara satu sama lain, apabila isterinya menjejaki dan menyedari bahawa suaminya hidup dalam penyamaran serta sedang cuba meninggalkan kegelapan masa lalu di belakang.
  
Genre: Misteri, Romantik, Thriller
Pelakon: Lee Joon-gi, Moon Chae-won, Jang Hee-jin, Seo Hyun-woo
Platform online: Netflix
  

It's Okay to Not Be Okay (2020)

Siri ini berkisar tentang seorang lelaki yang bekerja di wad psikiatri yang bertemu dengan seorang penulis buku kanak-kanak wanita dengan personaliti antisosial.
  
Perjalanan mengubati jiwa yang terluka terbuka buat mereka, apabila kedua-duanya terlibat dalam sebuah perhubungan romantik.
  
Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Kim Soo-hyun, Seo Yea-ji, Oh Jung-se, Park Gyu-young
Platform online: Netflix
  

Crash Landing On You (2019)

Kemalangan sukan terjun udara menjatuhkan waris Chaebol Korea Selatan ke dalam sebuah hutan di Korea Utara. Di sana dia bertemu dengan seorang pegawai tentera Korea Utara yang membantunya bersembunyi untuk mengelak daripada ditangkap oleh pegawai Korea Utara yang lain.
  
Apabila pegawai tentera itu merancang untuk membawanya kembali ke Korea Selatan, mereka saling jatuh cinta, walaupun hubungan itu sudahnya berakhir dengan tragis.
  
Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Hyun Bin, Son Ye-jin, Seo Ji-hye, Kim Jung-hyun
Platform online: Netflix
  

Business Proposal (2022)

Shin Ha-ri, seorang pekerja pejabat biasa menggantikan rakannya untuk menghadiri sebuah 'blind date'.
  
Menyamar sebagai sahabatnya dengan tujuan untuk menakut-nakutkan lelaki tersebut agar tidak berjumpa dengannya lagi, rancangan itu bagaimanapun bertukar apabila identiti sebenar lelaki berkenaan ialah CEO di pejabatnya yang tampil ingin meminang.
  
Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Ahn Hyo-seop, Kim Se-jeong, Kim Min-kyu, Seol In-ah
Platform online: Netflix
  

Gangnam Beauty (2018)

Mendambakan kehidupan normal, Kang Mi-Rae yang memiliki perwatakan pemalu akibat dibuli kerana penampilannya yang hodoh, berazam untuk menjalani kehidupan baharu melalui sebuah pembedahan plastik, tetapi persahabatannya dengan rakan sekelas, Do Kyung-seok yang bersikap dingin, membantu dia memulihkan semula keyakinan yang dia perlukan.
  
Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Im Soo-hyang, Cha Eun-woo, Jo Woo-ri, Kwak Dong-yeon
Platform online: Netflix
  

What's Wrong with Secretary Kim (2018)

Selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan profesional dengan setiausahanya, seorang eksekutif yang bijak, kaya dan rupawan, tetapi sombong, akhirnya memulakan hubungan romantis dengannya, apabila dia menyedari betapa dia bergantung kepada setiausahanya itu.
  
Segalanya bermula apabila setiausaha yang telah lama berasa tidak dihargai itu, mahu menamatkan perkhidmatan dan sambil mencari sebab dia ingin berhenti, mereka berdua mula mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.
  
Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Park Seo-joon, Park Min-young
Platform online: Netflix
   

Our Beloved Summer (2021)

Bekas pasangan kekasih yang berpisah sepuluh tahun lalu dengan janji tidak akan bertemu lagi, terpaksa berjumpa semula apabila dokumentari yang mereka rakamkan di sekolah menengah menjadi viral. Mereka didatangi oleh rakan penerbit mereka untuk kembali ke hadapan kamera.
  
Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Choi Woo-shik, Kim Da-mi, Kim Sung-cheol, Roh Jeong-eui
Platform online: Netflix
  

Hometown Cha-Cha-Cha (2021)

Seorang wanita kota meneruskan kerjayanya sebagai doktor gigi di sebuah kampung tepi pantai dengan membuka klinik pergigiannya sendiri, di mana dia bertemu dengan seorang lelaki tempatan yang menganggur, tetapi gemar menghulurkan bantuan kepada orang-orang di sekeliling.
  
Genre: Komedi Romantik
Pelakon: Shin Min-a, Kim Seon-ho, Lee Sang-yi
Platform online: Netflix
  

Twenty-Five Twenty-One (2022)

Seorang gadis yang bercita-cita menjadi pemain pedang profesional mendapati impiannya seolah-olah mustahil apabila pasukan lawan pedang sekolahnya dibubarkan akibat krisis kewangan pada tahun 1997.
  
Namun pertemuan dengan seorang lelaki muda yang bekerja sambilan di kedai buku komik memberi harapan untuk membina semula kehidupan, terutama apabila mereka bertemu kembali empat tahun kemudian.
  
Genre: Romantik
Pelakon: Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk
Platform online: Netflix
     

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts