Dua editor rayu denda kes gambar separuh bogel Kate Middleton

by Oh! Semput

HOME Posted on 13 Jun 2018 17:01:10

[unable to retrieve full-text content]

PARIS: Dua editor kanan majalah selebriti Perancis, Closer, kembali ke mahkamah semalam untuk mengemukakan rayuan terhadap denda tinggi dikenakan kerana mencetak gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton, ketika berjemur pada 2012.

Dua jurugambar, disyaki merakamkan gambar memalukan itu, juga mengemukakan rayuan terhadap denda dalam kes yang mencetuskan skandal di Britain setahun selepas pewaris kedua takhta itu mengahwini Kate.

Closer menerbitkan gambar pasangan itu di kolam mandi dengan Kate cuma memakai bikini tanpa coli ketika bercuti di tenggara Perancis pada September 2012.

Editor majalah berkenaan, Laurence Pieau dan penerbitnya, Ernesto Mauri, kedua-duanya didapati bersalah menceroboh peribadi pada September 2017 dan didenda 45,000 euro (RM211,000) setiap seorang.

Jurugambar, Cyrill Moreau dan

Dominique Jacovides, yang menafikan merakamkan gambar jarak jauh, juga diarah membayar denda 5,000 euro (RM23,488) setiap seorang dan tambahan jumlah sama jika mengulangi kesalahan itu.

Majalah itu juga perlu membayar pampasan sebanyak 100,000 euro (RM469,861) selepas pasangan diraja itu menuntut 1.5 juta euro (RM7.04 juta) berhubung apa yang disifatkan pelanggaran peribadi serius.

William dan Kate juga mendapat injuksi melarang penggunaan imej berkenaan. - AFP

SUMBER ASAL

Norlida Ishak Shop

Related News

Leave a Comment: