save 2.0

Eksploitasi buruh, AS larang import beberapa barangan dari Xinjiang

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Jan 2021 11:00:33



WASHINGTON, 1 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Amerika Syarikat (AS) melarang produk tertentu yang diimport dari wilayah Xinjiang di China – tempat tinggal masyarakat minoriti Uyghur, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) dan Perlindungan Sempadan (CBP) dalam satu kenyataan. 

Perintah CBP itu dikuatkuasakan ke atas produk kapas dan tomato yang diimport dari Xinjiang – yang dikatakan menyalah guna penghuni penjara sebagai buruh paksa. 

Oleh sebab itu, semua anggota CBP di pintu masuk AS diarahkan untuk menahan produk ditanam atau dihasilkan oleh entiti yang beroperasi di Xinjiang, membabitkan tekstil, biji tomato, sos tomato dan produk lain yang berkaitan dengannya.

Pengimport AS akan bertanggungjawab memastikan produk yang diimport tidak mengeksploitasi pekerja atau buruh paksa.

Agensi itu menentukan indikator buruh paksa sebagai hamba hutang, sekatan pergerakan, pengasingan, intimidasi dan ancaman serta penyalahgunaan kerja. 

“DHS tidak akan bertolak ansur dengan buruh paksa dalam rantaian bekalan AS… dan kami menuntut orang Cina menutup kem mereka dan menghentikan pelanggaran hak asasi manusia mereka,” kata Pemangku Timbalan Setiausaha DHS, Ken Cuccinelli dalam kenyataan, semalam. 

Pemangku Pesuruhjaya CBP, Mark A Morgan pula berkata, pihaknya juga tidak berkompromi dengan tindakan eksploitasi pekerja oleh kerajaan China, apatah lagi untuk mengimport barang ke AS di bawah nilai pasaran yang adil. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News