Ekspo Johor Berkemajuan Jadi Tumpuan Rakyat

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 19 Oct 2017 15:00:58

Bermula 9 hingga 14 Oktober 2017 yang lalu, Dataran Mahkota, Kota Iskandar dibanjiri pengunjung dari pelbagai daerah sejak hari pertama berlangsungnya Ekspo Johor Berkemajuan 2017. Kerajaan negeri Johor terus mencatatkan pencapaian yang besar dan melakar sejarah dengan penganjuran ekspo yang besar dan gilang-gemilang. Sambutan yang ditunjukkan begitu memberangsangkan daripada semua lapisan masyarakat sepanjang sembilan hari penganjurannya. Ternyata Ekspo Johor Berkemajuan tidak menghampakan rakyat Johor yang hadir.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin dalam ucapan aluan Majlis Perasmian Penutup Ekspo Johor Berkemajuan 2017 tempoh hari berkata “kejayaan ekspo mencerminkan muafakat dan mencerminkan usaha kita bergerak sebagai satu team iaitu Team Johor”. Tegas beliau lagi, Team Johor itu adalah semua rakyat Johor yang mengambil tanggungjawab terhadap Johor dan mempunyai rasa kepunyaan kepada Johor yang hasilnya dapat menjayakan Ekspo Johor Berkemajuan 2017.

Selain berjaya menarik tumpuan rakyat pelbagai kaum, sekali gus membentuk perpaduan. Penganjuran ini juga menjadi saluran yang tepat dalam menyampaikan pelbagai maklumat kepada rakyat. Pada masa yang sama, ia menjadi medium untuk Kerajaan Negeri kongsikan apakan halatuju dan jalan masa hadapan Negeri Johor.

Secara tidak langsung, masyarakat di Johor akan dapat melihat bahawa selain terdapat pelbagai kejayaan dan pencapaian besar yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri, mereka juga serius dalam menyusun dan merancang masa depan yang baik untuk negeri ini. Dan perancangan masa depan yang inilah, yang sering gagal dilakukan dengan baik oleh banyak pihak sebelum ini. Jadi, eskpo ini pastinya memberikan satu kelainan yang luar biasa kepada semua para pengunjungnya.

Sementara itu, dalam Majlis Perasmian Penutup Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau menyifatkan “Ekspo selama sembilan hari dalam tempoh dan era kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin selama ini telah memperlihatkan impak yang besar dengan kos yang rendah bahawa negeri Johor memang menjadi negeri yang terkehadapan di dalam kemajuannya”

“Saya melihat Ekspo Johor Berkemajuan ini daripada pandangan mata hati saya adalah sesuatu ekspo yang luar biasa dan tidak pernah ada sebelum ini,” katanya dalam menzahirkan rasa keterujaan beliau terhadap keberhasilan ekspo ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts