7-Eleven sumbang polis bot, enjin untuk misi banjir

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 07 Dec 2022 08:00:29

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima sumbangan bantuan misi bencana banjir daripada syarikat francais 7-Eleven Malaysia bagi kegunaan penguat kuasa itu ketika menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata penambahan aset dan peralatan menyelamat yang diterima itu antaranya 30 bot dan 300 jaket keselamatan, akan membantu meningkatkan kualiti PDRM khususnya dalam operasi banjir.

“Bot berkenaan akan diagihkan kepada jabatan PDRM iaitu 12 unit bagi Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan (sembilan), Pasukan Polis Marin (lima) serta Unit Tindak Khas dan 69 Komando masing-masing menerima dua unit,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir di Putrajaya hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Hazani Ghazali.

Selain bot dan jaket keselamatan, 7-Eleven Malaysia turut menyumbangkan 30 enjin dan juga barang keperluan asas yang akan diagihkan kepada mangsa banjir kelak, manakala jumlah keseluruhan sumbangan dianggarkan mencecah RM490,000.

Hazani dalam sidang media berasingan selepas program berkenaan berkata PDRM juga bercadang untuk menyediakan ‘dapur bergerak’ sebagai sebahagian daripada inisiatif pascabanjir dalam proses penyediaan makanan.

“Berdasarkan pengalaman lepas, memang ada pihak yang hantar makanan tapi kita dapati ia basi dan tidak dapat dimakan oleh mangsa banjir. Jadi kalau kita ada dapur bergerak, kita boleh masak di lapangan dan terus agihkan kepada mangsa banjir dan petugas terlibat,” katanya.

Beliau berkata penyediaan makanan akan dilakukan oleh pihak PDRM sendiri, dan pada masa sama mengalu-alukan sumbangan pihak swasta dan badan korporat untuk turut serta dalam inisiatif itu.

Sementara itu, Hazani berkata PDRM telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan situasi banjir dan pascabanjir.

“Kita dah sedia, hampir 70,000 anggota campuran semua agensi antaranya polis, tentera…memang semua agensi dah bersedia termasuk pasukan sokongan,” katanya. – Bernama, 7 Disember, 2022.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts