Elfira Loy Sudah Sebulan Tidak Jumpa Tunang

by Oh! Semput


HOME Posted on 20 Dec 2017 09:00:04



Disebabkan jarang memuat naik gambar bersama, ramai mendakwa hubungan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy bermasalah. Menafikan perkara itu, Sufian menjelaskan mereka memang mengambil pendekatan untuk kurang berjumpa sejak bertunang beberapa bulan lalu.

BACA: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Mahu Kurang Berjumpa

“Kami okey dan tak ada sebarang krisis pun. Cuma, selepas bertunang kami mengambil pendekatan untuk tidak kerap berjumpa. Nanti orang mengata macam-macam pula. Disebabkan itu, orang tak nampak gambar kami bersama di Instagram masing-masing”

“Sebenarnya, sudah sebulan kami tidak berjumpa. Namun, setiap hari kami berhubung. Tidak wajib untuk berjumpa kan? Tidak berjumpa bukan bermaksud tak sayang dan rindu. Apa yang penting memahami dan percaya”

Pastinya setiap kali pasangan mengikat tali pertunangan, ramai menganggap pelbagai dugaan akan dialami oleh bakal pengantin. Tidak terkecuali dengan keadaan itu, Sufian merasakan dugaan itu lebih daripada orang sekeliling.

“Dugaan bertunang tidak semestinya jatuh kepada pasangan yang nak berkahwin. Alhamdulillah, kami dijauhkan perkara yang tak diingini. Kalau ada pun, ia bukan daripada kami tetapi lebih kepada orang sekeliling,” jelasnya kepada Harian Metro. (rtky/w)

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...