Elrah Exclusive lancar outlet baharu, buka tirai kemeriahan koleksi baju Melayu

by Oh! Semput


41
SHARES
531
VIEWS
Posted on 28 Feb 2024 10:31:30

Jenama pakaian popular, Elrah Exclusive lancar outlet baharu butik baju Melayu di Shoppes @ Four Seasons Place di Jalan Ampang, Kuala Lumpur sekali gus membuka tirai kemeriahan koleksi

Pelancaran butik itu dirasmikan oleh pengasasnya El Azman bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Beto kusyairi yang dilantik sebagai duta pada Selasa.

Elrah Exclusive lancar outlet baharu

Elrah Exclusive lancar outlet baharu

Untuk koleksi kali ini, rekaan Elrah Exclusive tampil dengan lebih mewah dari segi kekemasan selain menggunakan bahan ‘abloh crepe’ berkualiti tinggi, menawarkan kekentalan elegan dengan struktur yang sempurna apabila dipakai.

Ia termasuk potongan slim fit dengan zip sisi kiri dengan paduan tradisi dan trend yang mencipta penampilan menawan sekali gus menyerlahkan lagi sambutan hari raya si pemakai.

Elrah Exclusive lancar outlet baharu

Tidak cukup dengan itu, aksesori ekslusif percuma seperti pin rantai logo, butang octagon, sapu tangan percuma serta kotak ekslusif turut ditawarkan kepada pelanggan.

Artikel lain: Gudang terbakar, pengasas Elrah Exclusive tawar RM100k jika jumpa pengkhianat

Tidak perlu risau mengenai warna, lebih 100 warna pilihan yang ditawarkan kepada  pelanggan dengan pilihan saiz bermula dari XXS sehingga XXL.

Meskipun terletak di tengah ibu kota, Elrah Exclusive mahu memberi keselesaan dan rasa mewah untuk pelanggan setia dengan harga mampu milik iaitu bermula dari RM99 sehingga RM199.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts