Ura-Ura: Empat Model iPhone Mungkin Tidak Lagi Terima Sokongan iOS 27

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 21 Apr 2026 04:00:22

Dengan iOS 27 dijangka diumumkan pada Jun ini, ura-ura berkaitan sokongan peranti kini mula menjadi perhatian. Menurut laporan terbaru Instant Digital di Weibo, iOS 27 masih akan menyokong siri iPhone 12 dan model lebih baharu.

Jika laporan ini tepat, bermakna kitaran hayat perisian bagi empat model iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max dan iPhone SE generasi kedua (2020), akan berakhir secara rasmi.

Walaupun begitu, Apple biasanya akan terus mengeluarkan tampalan keselamatan iOS 26 untuk peranti-peranti tersebut dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Apple dijadual akan mendedahkan iOS 27 secara rasmi menerusi ucaptama WWDC 2026 pada 8 Jun 2026. Versi beta pertama untuk pembangun biasanya akan dilepaskan pada hari yang sama, diikuti beta awam pada Julai, sebelum versi stabil dilancarkan kepada semua pengguna sekitar September nanti.

{suggest}

Ura-Ura: Empat Model iPhone Mungkin Tidak Lagi Terima Sokongan iOS 27 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts