Empat Penunggang RXZ Maut, Kemalangan 12 Motosika Dengan Sebuah Kereta D

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 11 Jul 2026 13:31:55


KUANTAN: Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kemaman di sini pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam nahas kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa, Che Mohd Sufian Che Ghani, 40; Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dan Mohd Aizat Husni, 33 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang lagi penunggang, Muhammad Safawi Md Noh, 24, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

"Penumpang belakang kereta jenis Toyota Vios, Nur Irish Adelia Aziz, 13, dilaporkan cedera di bahagian tengkuk dan dihantar menerima rawatan di hospital sama manakala pemandu, Muhammad Irfan Aziz, 25 tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ashari berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kereta terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke arah Kemaman.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, semasa bergerak lurus di lorong kanan, secara tiba-tiba sebuah motosikal terlanggar bahagian belakang kereta tersebut.

"Penunggang motosikal dipercayai terjatuh di lorong kanan menyebabkan penunggang tiga lagi motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri.

"Penunggang motosikal dipercayai terjatuh di lorong kanan menyebabkan penunggang tiga lagi motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri. #sinarharian 

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts