Enggan fitnah terus berpanjangan, madu Nora Ariffin akhirnya bersuara

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 19 Mar 2025 20:30:47

Madu kepada penyanyi, Nora Ariffin akhirnya bersuara selepas tular di media sosial berkenaan hantaran selebriti itu yang mendakwa dalam proses membuat permohoan penceraian kali kedua demi memuaskan hati isteri pertama suaminya.

Menerusi hantaran yang dibuat Rose Aliza di Facebook, dia memaklumkan bahawa sebelum ini memilih untuk berdiam diri dari sebarang kenyataan demi menjaga maruah suami dan madu walaupun kerap dituduh salah dalam masalah rumah tangga mereka.

nora ariffin

Madu tak permah paksa suami ceraikan Nora Ariffin

Namun, apabila melihat penyanyi itu mendakwa dirinya memaksa suami untuk mencerai madunya, dia dengan berat hati terpaksa tampil membersihkan nama.

Tambahnya lagi, coretan panjang lebar yang dibuat ini bagi menjernihkan keadaan yang berlaku dan enggan keluarganya terus dihukum dengan fitnah-fitnah memandangkan kedudukannya sebagai seorang pengetua sekolah yang menjadi perhatian guru-guru serta ibu bapa pelajar.

alt

Pelik kenapa Nora Ariffin kongsi semula hantaran lama

Dedah Rose Aliza, luahan-luahan yang dimuat naik semula Nora Ariffin di media sosial adalah perkongsian lama sewaktu baru mengetahui diduakan suami yang menikahi penyanyi itu tanpa pengetahuannya.

Dia juga mendedahkan suaminya menceraikan madu buat kali pertama di hadapan penyanyi itu serta anak-anak sekitar tahun 2019 selepas dirayu oleh seseorang yang sudah tiada, dan bukan dari pihaknya.

Jelasnya lagi, dia sudah menghantar mesej memohon maaf secara peribadi kepada madu pada 2021 dan berharap agar tiada sebarang ungkitan selepas itu serta menganggap semuanya sudah selesai

Namun, dia hairan mengapa Nora memuat naik kembali video tersebut pada Ogos 2024 sedangkan rakaman berkenaan sudah tersimpan lama.

alt

Tampil bersihkan nama diri dan anak yang difitnah

Dalam pada itu, Rose Aliza juga tampil untuk membersihkan nama anaknya, Alia yang kerap difitnah sedangkan sudah meminta maaf sejak tahun 2020 lagi susulan hantaran kekecewaannya terhadap bapa sewaktu mengetahui tentang perkahwinan tersebut.

Ujarnya, dia sangat kesal apabila madu masih lagi memuat naik semula tangkapan layar posting dibuat Alia pada tahun 2020 sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dan persepsi buruk.

Sebagai seorang ibu, saya bertanggungjawab mempertahankan maruah anak saya daripada terus diburukkan atas kesilapan masa lalunya yang telahpun disesali dan dibaiki.

alt

Artikel lain: “Saya sedang pujuk ustaz untuk ceraikan saya buat kali kedua” – Nora Ariffin

Coretan bukan untuk balas dendam

Walau bagaimanapun, coretan yang dibuat oleh Rose Aliza ini sama sekali tidak bertujuan untuk membalas dendam ataupun mengeruhkan keadaan.

Dia hanya mahu menjelaskan situasi sebenar dan salah faham yang timbul sehingga mengundang fitnah yang berpanjangan terhadap dirinya serta keluar.

Sedar diri tidak maksum, Rose Aliza memohon agar Allah melembut hati kita semua untuk beribadah di bulan Ramadan ini dan mendapat keberkatan serta kekuatan melalui ujian dalam kehidupan.

alt

Terdahulu, penyanyi lagu Samudera telah membuat hantaran yang mengejutkan apabila memberi bayakangan mahu menfailkan penceraian dengan suami, Dr Rushdi Ramli.

alt

Ujarnya, tindakan dilakukan adalah bagi menunaikan hasrat isteri pertama suami yang tidak mahu berpoligami dan kekal dengan perkahwinan monogami.

: Facebook Rose Aliza

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts