by Oh! Semput
Pelakon dan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof syukur perceraian selesai namun aktor itu enggan memberi ulasan lanjut.
Sebaik selesai kes perbicaraan pengesahan lafaz cerai taklik, Syamsul yang ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor enggan memberikan sebarang komen.
Walaupun ditanya pelbagai soalan, Syamsul tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang jawapan namun begitu masih memberi beberapa kenyataan pendek.
Dalam pada itu, Syamsul menjelaskan dia tahu masyarakat termasuk media faham mengapa dia tidak mahu berkongsi apa-apa tentang dirinya.
Sementara itu, pengarah berusia 40 tahun itu ada menyebut buat masa sekarang dia hanya akan memunculkan diri di set filem untuk menyiapkan filem tersebut.
Selepas disoal berkenaan kenyataan bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam, barulah Syamsul membuka mulut dan berkata dia tidak mahu melibatkan sesiapa dalam isu keluarga.
Artikel lain: Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu
Disamping itu, Syamsul turut mengucapkan terima kasih keatas sokongan dan mesej daripada orang ramai yang memberikannya kata-kata semangat.
Menurut peguam Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais, kes perbicaraan perceraian lafaz taklik yang berlangsung pada Khamis itu berakhir dengan keputusan mahkamah yang mendapati isteri aktor itu, Ira Kazar telah melanggar taklik.
Taklik yang dimaksudkan adalah sekiranya Ira membuat sebarang hantaran di media sosial, maka jatuh talak dan aktres itu telah melanggar taklik itu sejak 14 Ogos lagi.
Sekadar info, Syamsul memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu dan pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Khamis.