Dell Pro 14 Essential, Laptop Perniagaan Berharga Dari RM95/bulan

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 17 Apr 2026 07:30:23

SNS Network mengumumkan, komputer riba perniagaan baharu, Dell Pro 14 Essential (PC14250) yang kini ditawarkan melalui program SNS OnePlan™, sebuah model Device-as-a-Service (DaaS) yang membolehkan syarikat melengkapkan tenaga kerja tanpa bebanan kos modal awal.

Dengan bayaran bulanan tetap serendah RM95, organisasi dapat merancang bajet dengan lebih jelas sambil menikmati teknologi premium.

Laptop ini direka sebagai “workhorse” korporat dengan ketahanan gred komersial, lulus ujian MIL-STD 810H, serta inovasi modular USB-C yang memudahkan penyelenggaraan.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi SafeBIOS, penyulitan BitLocker dan TPM 2.0, serta penutup kamera manual untuk privasi fizikal yang penting untuk keselamatan data.

Malah, SNS turut menawarkan sokongan 3 tahun ProSupport & Onsite Services memastikan isu peranti diminimumkan.

Dell Pro 14 Essential (PC14250).

Promosi eksklusif ini sah sehingga 30 April 2026, dengan pilihan pakej peranti sahaja (RM95 sebulan) atau pakej lengkap bersama Microsoft 365 Business Standard (RM113 sebulan).

Ketahui lebih lanjut tentang penawaran Dell Pro 14 Essential (PC14250) ini di Dell-Pro-14-Essential_SNS-OnePlan_Enquiry, atau layari laman rasmi SNS OnePlan™ Device Leasing Solution.

{suggest}

Dell Pro 14 Essential, Laptop Perniagaan Berharga Dari RM95/bulan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts