400 Etnik Rohingya Tinggal Di Flat Haram, Rupanya Pemilik Tanah Yang Benarkan Kediaman Dibina

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 09 Jun 2026 10:02:45

Isu flat tular yang dikaitkan dengan komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga asing membina dan menetap di kawasan tersebut tanpa kelulusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata, perkara itu sebenarnya sudah dibangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Hulu Langat sejak tahun lalu bagi mendapatkan perhatian serta tindakan daripada agensi berkaitan.

Advertisement

Menurut beliau, pelbagai operasi pemantauan dan penguatkuasaan telah dijalankan sebelum ini, namun isu tersebut masih berlarutan.

“Pelbagai tindakan penguatkuasaan, pemantauan dan operasi sudah dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan.

“Namun, punca utama ialah tindakan pihak pemilik tanah yang membenarkan penggunaan tanah bagi tujuan penempatan dan pembinaan struktur tanpa kelulusan, termasuk menyediakan kemudahan utiliti seperti bekalan air dan elektrik.”

Tambah beliau, sebahagian maklumat berkaitan tindakan yang sudah diambil tidak dapat didedahkan kepada umum kerana masih melibatkan operasi penguatkuasaan yang sedang berjalan.

“Siap Curi Elektrik” – Tular Video Pak Azad Dedah Flat Tiga Tingkat Dibina Secara Haram Oleh Etnik Rohingya

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat dan tindakan yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan, jelas bahawa peranan pemilik tanah antara faktor utama yang menyumbang kepada berlarutan isu ini.”

“Atas sebab itu, tindakan tidak boleh hanya tertumpu kepada penghuni semata-mata, sebaliknya perlu memberi fokus kepada pihak yang membenarkan dan memudahkan aktiviti ini berlaku di atas tanah milik mereka,” katanya.

Johan berkata, beliau akan membangkitkan semula isu tersebut dalam Mesyuarat Tindakan Daerah akan datang bagi memastikan tindakan lebih menyeluruh dapat diambil terhadap semua pihak yang terlibat.

Menurut maklumat yang dikongsikan beliau, dianggarkan kira-kira 400 individu etnik Rohingya dipercayai membina dan menetap di kawasan perkampungan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-09 14:06:11

"Siap Curi Elektrik" - Tular Video Pak Azad Dedah Flat Tiga Tingkat Dibina Secara Haram Oleh Etnik Rohingya

400 Etnik Rohingya Tinggal Di Flat Haram, Rupanya Pemilik Tanah Yang Benarkan Kediaman Dibina first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts