Evolt XR Tawar Pengalaman Go-Kart Dan VR Pertama Di Malaysia

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 16 Apr 2026 11:00:21

Era baharu hiburan di Malaysia diperkenalkan dengan pelancaran Evolt XR, konsep permainan imersif yang menggabungkan dunia fizikal dan maya.

CEO Evolt, Weiron Tan, menekankan bahawa pelancaran ini adalah langkah strategik untuk mengembangkan jenama ke arah hiburan pelbagai pengalaman.

“Pengembangan ini membolehkan kami melangkaui go-kart tradisional dan memperkenalkan kategori baharu pengalaman imersif. Ia adalah sebahagian daripada visi jangka panjang kami untuk mengembangkan Evolt menjadi jenama hiburan berbilang pengalaman di rantau ini.” Weiron Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Evolt.

Tarikan utamanya ialah XR Go-Karting, pengalaman pertama seumpamanya di Malaysia, di mana pemain memandu kart elektrik sebenar sambil menyelam ke dalam dunia maya penuh halangan dan cabaran melalui set kepala VR.

 

Selain gabungan Go-kart dengan VR, turut tersedia adalah permainan XR Laser Tag yang menawarkan pertempuran PvP pantas dalam arena futuristik, menggabungkan aksi fizikal dengan keseronokan permainan video.

Kedua-dua pengalaman ini menjadikan Evolt XR peneraju hiburan berasaskan lokasi di Malaysia, sesuai untuk semua peringkat umur.

Sempena pelancarannya , pelanggan akan dapat menikmati diskaun 30% untuk setiap sesi XR dengan pembelian karting.

Evolt XR kini boleh didapati secara eksklusif di lokasi utama Evolt Karting di Selangor.

Untuk maklumat lanjut, layari evoltkarting.com atau ikuti @evoltxr di media sosial.

{suggest}

Evolt XR Tawar Pengalaman Go-Kart Dan VR Pertama Di Malaysia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts