Facebook Mahu Mengurangkan Perkongsian Page Di News Feed

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 12 Jan 2018 16:00:30

Facebook pada hari ini telah mengumumkan perubahan pada News Feed dimana laman sosial ini akan mengutamakan perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terlebih dahulu berbanding dengan perkongsian umum seperti daripada Facebook Pages.

Pengumuman itu dibuat oleh pemiliknya sendiri, Mark Zuckerberg di dalam entri terbaru melalui akaun Facebook rasmi miliknya baru-baru ini.

One of our big focus areas for 2018 is making sure the time we all spend on Facebook is time well spent.We built…

Posted by Mark Zuckerberg on Thursday, 11 January 2018

Melalui perkongsian terbaru yang dimuat naik, Zuckerberg mengatakan Facebook News Feed telah menjadi terlalu padat dengan berita tentang perniagaan, jenama dan media. Tidak dilupakan dengan perkongsian-perkongsian berita palsu.

Bagi meyelesaikan masalah itu, Facebook akan menumpukan kepada kandungan umum daripada rakan-rakan dan keluarga terlebih dahulu. Perkara ini dikatakan sesuai dengan matlamat Facebook untuk menghubungan orang ramai bersama rakan-rakan dan keluarga

A-more-user-friendly-Facebook-is-on-the-rise

Pages juga dijangka mempunyai capaian yang sedikit rendah berbanding sebelum ini. Dalam pada itu perkongsian daripada Facebook Pages yang menghasilkan interaksi mungkin tidak terlalu terjejas dengan perbezaan capaian yang diterima.

Sekiranya anda merupakan peniaga online atau sering berkongsi maklumat di laman Facebook Pages, mungkin sudah tiba masanya anda menambah platform perniagaan atau perkongsian anda untuk meningkatkan jumlah capaian pengguna.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts