Hani Fadzil ditegur netizen tak tahu halal haram kerana peluk pinggang Norman, rupa-rupanya…

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 19 Oct 2018 02:03:28

Baru-baru ini, pelakon Norman Hakim telah memuat naik sekeping foto bersama isterinya dan juga penyampai radio Era FM, Hani Fadzil di laman Instagramnya.

Dalam foto tersebut, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu meluahkan rasa syukur setelah selesai mengacara sebuah majlis persandingan bersama Hani dengan jayanya.

Namun demikian, seorang daripada pengikut Norman tiba-tiba menegur Hani kerana memeluk pinggang pelakon filem Badang tersebut sedangkan dalam kapsyen pada foto itu,  Norman ada menyebut bahawa wanita kecil molek berusia 26 tahun tersebut merupakan anak saudaranya.

alt

Komen daripada pengikut tersebut turut ditertawakan oleh segelintir pengikut lain dan terdapat juga netizen yang menasihatinya agar rajin-rajinkan diri untuk membaca sebelum membuat sebarang pertuduhan.

Sehubungan dengan itu, terdapat juga segelintir pengikut Norman yang mengakui bahawa wajah penyampai radio yang lincah tersebut persis wajah anak sulung Norman yang kini sedang meningkat dewasa, Marissa Dania.

alt

Hani pula dalam Instagramnya mengakui begitu seronok apabila berpeluang menjadi pengacara majlis bersama bapa saudaranya itu.

“Selalu tengok Pak Kim berlakon je, tak sangka dia ada bakat terpendam jadi pengacara sekali. Cayalahhh! Mana tau lepasni ada job sama-sama lagi ke kan? Nak hani berlakon skali pun boleh tau.”

: IG Norman Hakim 

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts