Fahami Kepentingan Lockdown Dan Penjarakkan Sosial

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 18 Mar 2020 01:03:51

Fahami Kepentingan Lockdown Dan Penjarakkan Sosial


Salah satu istilah yang sering diperkatakan ketika ini bagi membendung penularan wabak COVID-19 ini adalah "social distancing". Pengistiharan COVID-19 sebagai sebuah pandemik cukup menggambarkan betapa luasnya skop penularan virus ini.

Namun, itu tidak bermakna anda harus panik.

Malah, kerajaan juga telah menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan jangkitan berlaku dengan lebih pantas dalam kalangan masyarakat kita, antaranya melalui kaedah "social distancing".

Mungkin anda sesetengah pihak yang menganggap bahawa tindakan "social distancing" yang lebih kepada tindakan seseorang individu itu sendiri kurang efektif. Namun, setelah melihat trend penularan wabak ini yang semakin perlahan setelah amalan "social distancing" dipraktikkan, anda mungkin akan kagum akan manfaatnya.

Peningkatan secara eksponen

Gambar graf di atas memapakarkan trend peningkatan pesakit yang direkodkan di Amerika Syarikat bagi tempoh 22 Januari hingga 13 Mac. Bermula daripada sekitar 15 Februari hinggalah 13 Mac, kita dapat lihat peningkatan yang sangat mendadak. 

Dalam matematik, peningkatan sebegini digelar sebagai peningkatan secara eksponen. Dalam keadaan semasa, trend ini sudah dijangka kerana seseorang pesakit COVID-19 boleh menjangkiti beberapa orang lain disekeliling mereka (sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Jumlah peningkatan sebegini akan terus berlaku sekiranya langkah drastik tidak diambil. Trend peningkatan sebegini juga dapat dilihat pada saat artikel ini ditulis. Sebahagian besar kes-kes baru direkodkan dalam kalangan peserta Ijtimak Tabligh di  Sri Petaling dan terdapat peningkatan ketara akibat jangkitan terhadap kontak rapat peserta perhimpunan ini.

"Keajaiban" mengamalkan "social distancing"

Ketika dunia Eropah dan Malaysia mencatatkan peningkatan yang ketara, China secara rasminya mengumumkan bahawa mereka berjaya melawan wabak ini. Malah, di Wuhan tempat dimana penyakit ini mula merebak, katil-katil hospital yang menjadi pusat rawatan COVID-19 mula dikosongkan.

Ini bermakna, kita sememangnya mempunyai harapan untuk mengekang wabak ini daripada terus menular. Buat masa ini, terdapat dua kaedah utama yang digunakan negara-negara yang mencatatkan jumlah kes yang tinggi iaitu "social distancing" dan "lockout".

Apabila masyarat mengamalkan "social distancing" yang ketat, jika dilihat daripada pergerakan graf di atas, kita dapat "melambatkan" penyebaran jangkitan kepada orang sekeliling. Dengan "melambatkan penyebaran, graf akan menurun dan membolehkan setiap pesakit mendapat rawatan yang terbaik bagi mengubati penyakit ini. 

Di negara seperti Itali, keadaan amat menyedihkan kerana peningkatan jumlah pesakit yang mendadak menyebabkan perkhidmatan kesihatan di sana tidak dapat menampung jumlah pesakit yang melebihi kapasiti mereka. Ada doktor yang seolah-olah "terpaksa" melihat pesakit mati kerana tiada tenaga kerja yang mencukupi untuk memberi rawatan kepada pesakit.

Aktiviti "Social distancing" memerlukan perubahan dalam cara orang bekerja, hidup dan berinteraksi antara satu sama lain. Ia mungkin memerlukan anda membatalkan atau mengelakkan majlis keramaian, menghadkan perjunpaan, perjalanan dan penjadualan semula aktiviti yang tidak penting.

Kenapa bukan "lockdown"? 

Sejak kebelakangan ini, kira seringkali mendengar komen-komen netizen di media sosial menggesa kerajaan mengisytiharkan "lockdown" di seluruh Malaysia. Malangnya, mereka yang menggesa ini kebanyakannya tidak tahu akan maksud dan realiti lockdown itu sendiri.

Contoh kawasan yang menjalani "lockdown" adalah kawasan Wuhan itu sendiri. "Lockdown" bermaksud satu sekatan pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi menghalang orang ramai untuk masuk atau meninggalkan sesuatu bangunan atau kawasan disebabkan oleh sesuatu kecemasan. Selalunya dalam tempoh yang agak lama.

Dalam keadaan sebegini, biasanya restoran, pejabat, sekolah, sempadan negara, pasar raya dan sebagainya terpaksa ditutup. Malah, perkhidmatan awam juga boleh diarahkan diberhentikan. Bagi yang dibenarkan bekerja di rumah, mungkin tidak menjadi masalah. Namun, bagi yang mesti bekerja di luar, pastinya satu masalah besar.

Bagi yang bekerja kerajaan, "Lockdown" mungkin tidak memberi kesan memandangkan gaji mereka sudah dijamin oleh kerajaan. Namun, bagi yang bekerja swasta dan mendapat gaji secara harian, keadaan "lockdown" pastinya sesuatu yang mahu dielakkan.

Bagi yang bekerja dalam bidang swasta pula, majikan boleh mengarahkan pekerja bercuti tanpa gaji atau bayaran gaji separuh bergantung kepada budi bicara majikan. Arahan sebegini telah banyak dikeluarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang terjejas teruk ketika ini. 

Jika keadaan ini berlaku, adakah sebahagian besar daripada rakyat mampu terus hidup tanpa simpanan wang yang mencukupi dalam bank?

Oleh itu, "Lockdown" mungkin hanyalah langkah terakhir yang diambil oleh kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19 ini. Buat masa ini, setiap rakyat Malaysuia haruslah mengambil tanggungjjawab masing-masing mempraktikkan "social distancing" semampu boleh. 

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Jangan tanya apa yang telah dilakukan oleh negara untuk anda tetapi tanyalah apa yang dilakukan oleh anda kepada negara. 

Kredit:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts