Fahmi, Adam Adli, Altimet Antara 20 Ahli Baharu MPP PKR

by Oh! Semput


6
SHARES
82
VIEWS
Posted on 23 May 2025 18:00:59

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2025 — Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, tersenarai antara 20 individu yang terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi penggal 2025–2028.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan Kongres Nasional Keadilan 2025 di Johor Bahru, malam ini.

Fahmi sebelum ini memilih untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden seperti yang dilakukannya dalam pemilihan tahun 2022, manakala Adam Adli menyertai saingan jawatan MPP selepas tidak lagi layak mempertahankan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) susulan usianya melebihi 35 tahun.

Turut terpilih ialah bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai; serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya yang juga penyanyi rap terkenal, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Tiga lagi tokoh yang dikenali rapat dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, turut meraih undi tertinggi iaitu Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; serta Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.

Proses pemilihan MPP dijalankan hari ini dari jam 8 pagi hingga 5 petang di seluruh negara.

Senarai Penuh 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (2025–2028):

1. Datuk Fahmi Fadzil

2. Adam Adli Abd Halim

3. Chan Ming Kai

4. G Gunarajah

5. Azlan Helmi

6. Dr Maszlee Malik

7. Goh Choon Aik

8. Nurin Aina Abdullah

9. Elizabeth Wong Keat Ping

10. Abang Zulkifli Abang Engkeh

11. Siti Aishah Shaik Ismail

12. Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad (Altimet)

13. Akmal Nasrullah Mohd Nasir

14. Amidi Abdul Manan

15. Lee Chean Chung

16. Azam Karap

17. Syed Ibrahim Syed Noh

18. A Kumaresan

19. Sim Chon Siang

20. G Sivamalar

Fahmi, Adam Adli, Altimet Antara 20 Ahli Baharu MPP PKR #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts