8 Fakta Biodata Mierul Aiman, Pelakon Gandingan Amir Ahnaf (Kahar) Drama Berepisod Projek High Council (Astro Go)

by Oh! Semput


45
SHARES
590
VIEWS
Posted on 06 Feb 2023 18:00:42

Home tambahan selebriti

8 Fakta Biodata Mierul Aiman, Pelakon Gandingan Amir Ahnaf (Kahar) Drama Berepisod Projek High Council (Astro Go)


Kredit foto: Instagram Mierul Aiman

   
Jika anda mengikuti siri rantaian popular yang sedang disiarkan di Astro iaitu Projek: High Council, tidak dinafikan drama yang baru disiarkan selama empat episod itu mencipta fenomena yang luar biasa dalam kalangan penonton.
  
Sudah tentu yang terkena tempiasnya adalah populariti barisan pelakon utamanya yang menghidupkan watak-watak dalam drama ini.
  
Ia turut membabitkan aktor muda Mierul Aiman ​​yang kini meniti di bibir peminat kerana persembahan wataknya sebagai 'Nur Fakhri Firdaus Ismet' yang terkenal.
  
Berikut dikongsikan 8 fakta menarik tentang Mierul Aiman ​​yang tidak begitu diketahui oleh ramai.
     
1. Sehingga hari ini, pemilik nama penuh Muhammad Amirul Aiman ​​​​Norazman berumur 25 tahun itu sudah mempunyai sebanyak 68,000 pengikut di laman Instagram (IG).
     
2. Kehadirannya mewarnai industri seni hiburan adalah selepas dinobatkan sebagai juara pertandingan bakat ikon remaja Malaysia, Hero Remaja musim 2021/2022, anjuran Majalah Remaja, terbitan kumpulan Karangkraf.
      
3. Sebelum mendapat kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja, dia telah mengorak langkah dalam bidang peragaan sejak tahun 2016 lagi - sehingga kini.
      
4. Peranan pertama lakonan Mierul ialah menerusi telefilem Hierarki arahan Boy Fareed Sharif sebagai watak bernama Megat pada tahun 2021, yang membawanya bersama 11 lagi finalis Hero Remaja 2021 menjadi pelakon utama drama tersebut.
      
5. Dia kini terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Fahkri dalam siri drama premium Astro Originals 'Projek: High Council'.
  
6. Menerusi naskhah rantaian itu, dia digandingkan dengan pelakon generasi baharu yang juga seangkatan dengannya iaitu Amir Ahnaf dan Fazziq Muqris, yang turut mencipta nama menerusi pertandingan sama, termasuk juara Hero Remaja 2020 Nadhir Nasar dan finalis Hero Remaja 2020 Hazeeq Dean.
     
7. Watak Fakhri yang dilakonkannya kerap menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen berikutan bentuk rahang 'lelaki' yang dimilikinya!
      
8. Namanya turut menjadi sebutan selepas muncul dalam sebuah lagi drama yang ditayangkan serentak iaitu siri "Akim dan Mira - Kisah Cinta 1999" yang juga disiarkan oleh Astro, sebagai watak Naufal.
  
Untuk biodata asas Mierul, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Mierul Aiman
         
*Info Ringkas Mierul Aiman
Umur / age - 25 tahun (2023)
Tinggi / height - 178 cm
Instagram - @mierulaiman
     

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts