by Oh! Semput
Tindakan aktor dan pengarah, Farid Kamil menyiarkan semula satu kata-kata hikmah daripada @jentikhati menerusi InstaStory menarik perhatian pengikutnya.
Menurut laporan Utusan Online, pelakon berusia 42 tahun itu berkongsi tentang sebuah perkenalan yang tidak akan dikesali kerana proses tersebut membolehkan seseorang itu menjadi lebih kuat serta menghargai.
Minggu lalu, isterinya yang juga pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan cerai di di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam atas alasan mereka tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Bagaimanapun, aktor filem ‘Anwar, The Untold Story’ itu enggan melafazkan cerai sekali gus diperintah bagi menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 28 Mac ini.
Kisah penceraian tersebut membuatkan ramai pihak terkejut terutama peminat mereka apatah lagi kedua-duanya baru pulang mengerjakan ibadah umrah pada akhir bulan lalu.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora yang kini berusia tujuh tahun.
: Utusan Online (Hasif Idris), Instagram Farid Kamil