Imam Muda Faris Didakwa Ugut Ambil Anak Jika Bekas Isteri Kahwin Lain

by Oh! Semput


HOME Posted on 02 Aug 2020 13:00:06



Sejak minggu lalu masih lagi hangat diperkatakan mengenai finalis Imam Muda Syed Faris yang menceraikan isterinya, Nur Hidayu yang dikahwininya selama 12 tahun selepas berkahwin lain di Songkkla.

Terbaru, Hidayu mendedahkan Imam Muda tersebut bukan sahaja meninggalkan isteri bersama lima cahaya matanya malah didakwa tidak memberi nafkah yang cukup. Dakwanya lagi bekas suaminya mahu mengambil anak mereka sekiranya dia berhasrat mahu berkahwin lain.

BACA: “Makanan Tinggalkan Di Tempat Kasut, Tak Masuk Jenguk Anak Isteri”

Hidayu yang bekerja sebagai guru sekolah tadika  mendakwa bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya. Malah, Imam Muda Syed Faris memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini wanita ‘janda’ anak lima sepertinya.

Hidayu mendakwa, bekas suami memintanya menandatangani perjanjian hitam putih yang tidak mendedahkan apa yang berlaku serta menutup mulut tentang pergolakan rumah tangga mereka.

“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, dia malu sekiranya kisahnya tersebar.

“Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup aibnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia menghalau saya daripada rumah ketika tempoh PKP,” katanya kepada BH Online.

Hidayu berkata dia tidak mampu mempertahankan rumah tangga apabila bekas suami berbuat demikian. Ujarnya, dia bertindak untuk mendedahkan perceraian tersebut kerana tidak sanggup menyembunyikan sikap bekas suami.

“Bekas suami mendakwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan. Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi.

“Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...