Fasha Sandha syukur dilantik jadi duta produk, video ‘berendam’ buat pengikut bertambah!

by Oh! Semput


18
SHARES
234
VIEWS
Posted on 18 Sep 2023 14:01:08

Baru-baru ini, pelakon popular Fasha Sandha terpalit kontroversi apabila memuat naik video ‘rendaman’ mesra bersama suaminya, Aidil Aziz sehingga mengundang kecaman ramai di laman Instagram.

Bagaimanapun, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, video tersebut merupakan gimik kepada pelancaran produk baharu Inayah Beauty, Beunita.

alt

Dalam sidang media pelancaran Beunita pada Sabtu, Fasha berkata walaupun dikecam namun pengikutnya di Instagram tidak berkurang malahan bertambah.

“Suami saya tak terkesan apa-apa. Dia okay. Video tu pun dirakam bersama dengan dia, jadi tiada masalah pun bagi kami berdua,” katanya ketika ditemui Oh My Media.

Bagi pelakon berusia 39 tahun itu, tiada sebarang masalah atas rakaman video tersebut dan jika terdapat pihak yang merasakan sebaliknya, itu terpulang kepada mereka.

Katanya juga, video berkenaan tidak dipadam namun hanya disimpan di ruangan ‘archive’ bagi memberi laluan kepada video penuh produk baharu Inayah Beauty.

alt

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi berkata, pihaknya memilih Fasha sebagai duta kerana pelakon berkenaan dilihat mempunyai aura dalam menjaga hubungan rumah tangga.

“Nak bercinta mudah. Nak kahwin pun mudah. Tapi nak menjaga keharmonian rumah tangga memerlukan usaha dan kesungguhan daripada suami dan isteri.
“Dan pihak Inayah melihat Fasha antara selebriti yang masih ada ‘spark’ dengan suaminya, Aidil. Dan itu perkara yang sangat bagus kerana tidak semua pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai rasa itu,” katanya.

Oleh kerana itu, pihak mereka yakin dengan pemilihan aktres tersebut yang sentiasa menjaga keharmonian rumah tangganya disamping mempunyai sisi kewanitaan yang sangat jelas.

alt

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Bukan mudah untuk dapatkan kepercayaan daripada Inayah Beauty tapi bila dapatkan, saya sangat bersyukur.
“Bukan mudah untuk menjadi isteri, ibu dan pada masa yang sama wanita bekerjaya. Saya perlu mengimbangkan kehidupan harian saya.
alt
“Saya juga perlu menjaga hubungan bersama suami. Alhamdulillah, Beunita banyak membantu saya dalam memberi tenaga maksima menjadi wanita yang serba boleh.
“Sebagai duta Beunita, saya mahu membantu ramai para wanita yang mempunyai masalah-masalah yang membuatkan mereka hilang keyakinan diri,” kongsi Fasha lagi.

Pada masa sama, Fasha memaklumkan bahawa dia akan memulakan penggambaran bagi drama Malang Si Puteri pada 20 September ini dan dijangka tamat pada Februari tahun depan.

Ketika ditanya adakah dia akan mengambil masa untuk berehat selepas selesai penggambaran drama tersebut, Fasha berkata dia tidak akan berehat namun akan meneruskan penggambaran yang seterusnya.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts