by Oh! Semput
Pelakon Fathia Latiff mengakui dia kini tidak lagi terlalu memikirkan soal perkahwinan apabila usianya semakin menghampiri 40 tahun.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di platform Threads, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff berkata dia memilih untuk mencari kebahagiaan melalui jalan yang berbeza berbanding sebelum ini.
Menurutnya, dia sudah berhenti meletakkan perkahwinan sebagai fokus utama dalam kehidupan dan percaya masih banyak perkara lain yang boleh membawa kebahagiaan.
Dalam masa sama, Fathia menegaskan bahawa kehidupan tidak berakhir hanya kerana seseorang itu masih belum bertemu jodoh atau belum mendirikan rumah tangga.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ada yang bersetuju bahawa kebahagiaan tidak semestinya bergantung kepada perkahwinan, manakala sebahagian lain berpendapat setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan rezeki jodoh yang berbeza.



Artikel lain: Terima mesej penerbit, Fathia Latiff akur tiada lagi peluang pegang watak utama
Sebelum ini, Fathia pernah beberapa kali berkongsi pandangannya mengenai perkahwinan dan hubungan, termasuk menyatakan bahawa kebahagiaan diri lebih penting daripada memaksa diri untuk berkahwin semata-mata kerana faktor usia.
: Threads fatiyalatiff